awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki OKU cedera dalam kebakaran babitkan tujuh rumah di Jinjang
APMM Pulau Pinang tahan dua kapal tangki cuba pindah minyak mentah bernilai RM512 juta
KPT semak akta ambil alih tingkatan enam, matrikulasi - Zambry
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama UMNO-Pas: Biar 'top five' buat keputusan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
24/04/2022
01:30 MYT
Kerjasama UMNO-Pas: Biar 'top five' buat keputusan
Mahdzir menyampaikan bantuan barangan keperluan kepada penerima asnaf miskin pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Kemas dan masyarakat setempat di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Padang Terap, 23 Apr 2022. - Facebook Mahdzir Khalid
PADANG TERAP: Titik jalinan antara UMNO dan Pas dalam meneruskan Muafakat Nasional (MN) suatu perkara yang besar dan perlu dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan diluluskan oleh 'top five'.
Top five itu merujuk kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden - Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ismail Sabri, kata Mahdzir.
"Itu perkara besar yang melibatkan keputusan parti. Saya fikir, biarlah apa-apa benda yang berkaitan dengan kerjasama parti ini kita bawa kepada mesyuarat tertinggi parti.
"Dalam mesyuarat tertinggi parti itu ada top five, ada biro politik," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Komuniti Sejahtera dan Iftar Bersama Warga Kemas di Pusat Komuniti Padang Kerasak, malam tadi.
Menurut Mahdzir, beliau menyambut baik hasrat Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa yang mahu kepimpinan UMNO dan Pas duduk semeja bagi melihat kembali kandungan memorandum persefahaman (MoU) Muafakat Nasional (MN).
Annuar menyuarakan perkara itu ketika mengadakan kunjungan ke atas Mursyidul Am Pas Datuk Hashim Jasin di Kangar pada Sabtu.
Terkandung dalam intipati Mou, sebarang masalah berhubung kerjasama dua parti itu perlu diselesaikan mengikut contoh Piagam Madinah.
Fasal itu menuntut pemimpin kedua-dua parti supaya kembali merujuk kepada al-Quran dan hadis, sekiranya berdepan kebuntuan atau masalah.
Justeru, perkara itu tidak harus ditinggalkan dalam usaha menyelamatkan MN dan memberi peluang untuk UMNO dan Pas bekerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Topic Berkaitan
#Mahdzir Khalid
#top five
#Muafakat Nasional
#kerjasama UMNO-Pas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan