awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama UMNO-Pas perkukuh perpaduan orang Melayu - Mustapa

Bernama
Bernama
07/05/2017
10:15 MYT
Kerjasama UMNO-Pas perkukuh perpaduan orang Melayu - Mustapa
Tiada lagi isu kafir-mengkafir atau pulau-memulau. - Gambar fail
Perpaduan dalam kalangan orang Melayu ketika ini bertambah kukuh menerusi kerjasama tidak formal yang terjalin antara UMNO dan PAS, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu berkata anggota PAS kini semakin bersikap lunak terhadap UMNO apabila tidak lagi memainkan isu kafir-mengkafir dan pulau-memulau antara penyokong sehingga menyebabkan pergeseran dalam masyarakat.
"Saya yakin orang Islam semakin insaf dan sedar bahawa kita perlu bersatu, dan apabila ada tanda-tanda menunjukkan bahawa kerjasama antara PAS dan UMNO ini semakin banyak.
"Kita dah mula lama di Kelantan sejak dua tahun lepas selepas banjir (besar berlaku) dan dalam pelaburan, dan ini dialu-alukan oleh masyarakat. Kita nak buat kerja, kita nak mara, kita nak maju dan tiada pilihan melainkan kita bersatu," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Istiadat Konvokesyen ke-4 Politeknik Jeli yang turut dihadiri Pengarahnya, Wan Azlan Wan Ismail di sini, hari ini.
Seramai 136 pelajar dalam jurusan Diploma Agroteknologi dan Akuakultur menerima sijil dalam bidang masing-masing pada majlis tersebut.
Dalam pada itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri positif sokongan terhadap UMNO semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
Beliau berkata ini boleh dilihat menerusi sambutan masyarakat setempat terhadap pelbagai program yang dilaksanakan parti itu berbanding ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melayu
#Mustapa Mohamed
#PAS
#perpaduan
#pilihan raya
#politik
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan