awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes semakan kehakiman pembubaran DUN: PRN Sabah tetap diadakan - SPR

Assim Hassan
Assim Hassan
17/08/2020
10:50 MYT
Kes semakan kehakiman pembubaran DUN: PRN Sabah tetap diadakan - SPR
Azmi berkata, tiada sebarang arahan daripada pihak mahkamah berhubung perkara itu. - Foto Astro AWANI
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap meneruskan Pilihan Raya Negeri (PRN) meskipun berhadapan kes semakan kehakiman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata, setakat ini, tiada sebarang arahan daripada pihak mahkamah berhubung perkara itu.
"Setakat ini SPR tidak dapat apa-apa arahan daripada mahkamah, jadi ada apa-apa kita tetap teruskan persediaan.
"Jika terdapat perubahan, ia tertakluk kepada keputusan mahkamah dan bukannya SPR,” katanya.
Terdahulu, sekitar tengah hari tadi, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah menetapkan 21 Ogos ini sebagai tarikh keputusan cabaran pembubaran DUN, dan meminta 33 wakil rakyat supaya membuat permohonan bertulis untuk tujuan itu pada Rabu.
Pada 30 Julai lalu, Ketua Menteri Sabah sementara, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas mendakwa mendapat perkenan daripada Yang DiPertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.
Kemelut politik di Sabah berlaku susulan Gabungan Tan Sri Musa Aman mendakwa mempunyai majoriti mudah bersama 32 wakil rakyat lain untuk menubuhkan sebuah kerajaan negeri yang baharu pada 29 Julai lalu, sebelum membawa kepada pembubaran berkenaan.
Bagaimanapun, dalam sidang media khas SPR hari ini, Azmi mengumumkan 26 September sebagai tarikh membuang undi dengan 12 September penamaan calon.
SPR menyasarkan 70 peratus daripada 1,124,598 pengundi berdaftar akan keluar mengundi pada PRN Sabah ke-16 kali ini.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu
#Mohd Shafie Apdal
#Musa Aman
#pembubaran DUN
#Sabah Memilih
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Tun Juhar Mahiruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan