PUTRAJAYA: DAP tetap kekal teguh dan tidak akan menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan susulan keputusan mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada semua 47 pertuduhan dihadapinya, kata Naib Pengerusi parti itu Nga Kor Ming.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan berkata DAP merupakan sebuah parti yang setia bukan sahaja kepada rakan tetapi juga perjuangan.
"... tidak akan sekali-kali menarik sokongan. DAP rakan setia kawan dan sentiasa setia kepada perjuangan. Anda tahu DAP... kita kotakan apa yang dijanjikan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian DAP selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.
Sementara itu, Nga berkata Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sewajarnya bertemu dan berbincang dengan pucuk pimpinan Kerajaan Perpaduan sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah berhubung Ahmad Zahid.
"Beliau merupakan antara Ahli Parlimen yang memberikan sokongan terhadap kerajaan, maka selain menerusi media, beliau perlu bincang dengan pucuk pimpinan kerajaan, itu lebih profesional," katanya mengulas kenyataan Syed Saddiq yang dilaporkan akan menilai semula kedudukan MUDA dalam menyokong Kerajaan Perpaduan susulan perkembangan kes mahkamah Ahmad Zahid.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023
Nga berkata DAP merupakan sebuah parti yang setia bukan sahaja kepada rakan tetapi juga perjuangan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
#MetGala: Busana kerajang timah, rambut pendek Michelle Yeoh jadi perhatian
Michelle berkata busana itu adalah ilham daripada pereka kreatif jenama Balenciaga iaitu Demna yang diinspirasi daripada kenangan zaman kanak-kanaknya.
Masih ada harapan bantu miskin bandar - Pakar
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma berpendapat ia masih suatu isu yang serius dan perlu ditangani segera.
Namun ia masih menunjukkan perkembangan positif, dan masih ada harapan untuk Malaysia menangani isu tersebut.
Namun ia masih menunjukkan perkembangan positif, dan masih ada harapan untuk Malaysia menangani isu tersebut.
Pantau Belanjawan: Ulasan Kajian UNICEF | Ranjau Sepanjang Jalan – Tangani miskin bandar KL
Terengganu adakan solat sunat Istisqa di seluruh masjid Jumaat ini
Terengganu adakan solat sunat Istisqa di seluruh masjid Jumaat ini
Kini anda boleh tambah kad Maybank pada Google Wallet
Maybank dilihat menyokong kad Visa dan Mastercard kedua-dua debit dan kredit untuk ditambah pada Google Pay.
Israel musnahkan lintasan Rafah, jejaskan 1.5 juta penduduk Gaza
Rejim Zionis Israel kini sudah mula memusnahkan lintasan Rafah seterusnya menjejaskan kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza yang berlindung di kawasan terbabit.
[TERKINI] Dapatan utama kajian UNIEF: Ranjau Sepanjang Jalan
Ikuti secara langsung pelancaran laporan UNICEF berjudul 'Living on the edge'.
JDT tingkatkan tahap keselamatan pemain
JDT menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat insiden yang melanda pemain bola sepak negara iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.
Apple perkenal cip pemprosesan Apple M4
Apple M4 hadir dengan 4 teras CPU prestasi bersama 6 teras CPU efisien, selain 10 teras GPU untuk penawaran grafik yang baik melaluinya.
Polis kesan individu buang air mengandungi puntung rokok depan rumah jiran
Kejadian yang dirakam menerusi CCTV itu dimuat naik menerusi media sosial serta menerima kecaman dari orang ramai.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: DAP sokong penuh siapa sahaja calon Kerajaan Perpaduan - Nga
DAP akan memberi sokongan penuh kepada siapa sahaja calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.
DAP hormati keputusan mahkamah libat isu tahanan rumah Najib
DAP akan menghormati keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
DAP belum bincang PRK, tumpu pengebumian Lee - Teo
DAP mahu tumpu urusan pengebumian mendiang Lee Kee Hiong sebagai penghormatan kepada penyandang kerusi DUN berkenaan.
DAP tubuh jawatankuasa urus pengebumian mendiang ADUN Kuala Kubu Baharu
DAP Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi menguruskan pengebumian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong yang meninggal dunia hari ini.
DAP sokong keberanian PM jadi suara antarabangsa dalam isu Palestin - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, ini kerana kekejaman di Gaza hanya dapat ditamatkan melalui penyelesaian antarabangsa.
UMNO-DAP: Pemimpin perlu tunjuk teladan, hindari kenyataan sensitif - Penganalisis
Pemimpin dalam parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan perlu menunjukkan teladan yang baik kepada akar umbi demi mengekalkan kestabilan yang wujud.