awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Zahid: 'Tidak adil MUDA ancam tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan' - PM

Astro Awani
Astro Awani
08/09/2023
10:04 MYT
Kes Zahid: 'Tidak adil MUDA ancam tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan' - PM
Menurut Anwar, sepanjang memimpin kerajaan, beliau tidak pernah mencampuri urusan pihak berkuasa serta badan perundangan dan kehakiman yang menjadi tonggak negara ini. - Gambar fail
SRI PETALING: Tidak adil untuk Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengancam mahu menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan susulan keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah.
Demikian kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjelaskan, kuasa untuk membuat keputusan terbabit bukan berada di tangan beliau.
Menurut Anwar, sepanjang memimpin kerajaan sekarang selama sembilan bulan, beliau tidak pernah mencampuri urusan pihak berkuasa serta badan perundangan dan kehakiman yang menjadi tonggak negara ini.
"Kalau kamu tarik balik pendakwaan kepada Zahid, kami tak sokong kamu. Jadi maknanya saya mesti dakwa dan hukum?
"Saya nak jawab, yang siasat itu kerja SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan polis. Yang dakwa itu Peguam Negara. Yang putuskan itu hakim (saya tiada kaitan).
"Mengapa saya kata faham sedikit sebanyak keresahan (rakyat)? Sebab kita mewarisi sistem sedemikian... bahawa orang politik rakus, zalim menggunakan kuasa untuk mendera orang.
"Saya lalui proses itu. Sekarang saya perdana menteri. Saya tak sanggup guna kuasa sebegitu rupa. Siapa jadi perdana menteri dia akan tangkap musuh, dia akan dera. Saya tak nafikan ini perjalanan yang sama. Dalam jemaah menteri, kita tak pernah pergi ke perkara ini.
"Ketua (Pesuruhjaya) SPRM, Ketua Hakim, Peguam Negara... tanya mereka. Sembilan bulan saya jadi perdana menteri tak pernah campur.
"Tak percaya? Itu soal lainlah kerana itu pengalaman kamu. Keadaan berubah dan orang lain yang jaga," katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Sri Petaling, hari ini.
Selasa lalu, Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengeluarkan kenyataan mengancam akan menarik sokongan seterusnya keluar daripada Kerajaan Perpaduan.
Ancaman itu sekiranya Jabatan Peguam Negara tidak menjelaskan secara terperinci berhubung keputusan mahkamah terhadap kes rasuah membabitkan Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#muda
#Zahid Hamidi
#kes rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan