KOTA KINABALU: Persefahaman dan ikatan kukuh rakan komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah wajar dicontohi oleh pemimpin politik di negeri-negeri lain.
Jelas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, kesepakatan rakan komponen GRS yang kekal mempertahankan mandat rakyat mampu memacu pembangunan ekonomi sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan rakyat Sabah.
"Apabila Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ditubuhkan di negeri Sabah, keakraban dan kerjasama dalam gabungan GRS itu begitu kuat.
"Ianya seharus dijadikan contoh kepada semua pemimpin-pemimpin politik dan parti politik di negeri-negeri lain.
"Saya sangat harap kestabilan politik di negeri ini akan terus kuat dan kukuh dan kami di Semenanjung seharusnya menjadikan Sabah ini sebagai satu contoh amat baik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai senario semasa politik di Sabah.
Ahmad Faizal dalam pada itu turut mengingatkan semua pihak di Sabah untuk berhenti berpolitik demi kelangsungan pembangunan ekonomi pasca COVID-19.
"Selepas PRN Sabah yang sudah, bagi saya cukup-cukuplah berpolitik.
"Kini adalah masa untuk kita berkhidmat untuk negeri Sabah dan rakyat di negeri ini," katanya.
Ruzaini Zulkepli
Sat Mar 20 2021
Ahmad Faizal dalam pada itu turut mengingatkan semua pihak di Sabah untuk berhenti berpolitik demi kelangsungan pembangunan ekonomi pasca COVID-19.
KPT mahu lahir ramai pakar dalam bidang kesihatan planet
Kerajaan bercadang untuk memberikan penekanan untuk menghasilkan graduan yang seterusnya menjadi pakar dalam bidang Planetary Health atau Kesihatan Planet di masa akan datang. Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zaini Ujang ketika ditemu bual Astro AWANI seusai memberikan ucapan bersempena penganjuran Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) pada Khamis berkata, untuk menjayakan perkara itu dua kerangka perlu dilaksanakan.
Kadar miskin tegar di Johor rendah, mampu diatasi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat menoktahkan kadar kemiskinan tegar di Johor.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Google pecat 28 pekerja protes perjanjian pengkomputeran awan dengan Israel
Google memecat 28 pekerja yang mengambil bahagian dalam bantahan terhadap projek gergasi teknologi bernilai US$1.2 bilion untuk membekalkan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada kerajaan Israel, Sputnik memetik laporan media AS pada Khamis.
Jepun dilanda gempa bumi, sembilan cedera
Sembilan orang dilaporkan cedera selepas gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda barat daya Jepun, pada Khamis.
Peserta Freedom Flotilla to Gaza dari Malaysia tiba di Turki
Kesemua 19 peserta dari Malaysia yang menyertai misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tiba di Istanbul, Turkiye pada 2.47 petang Khamis (waktu tempatan).
Banjir di Melaka pulih sepenuhnya
Pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan di Melaka bagi menempatkan mangsa banjir di beberapa kawasan di negeri itu ditutup sepenuhnya pada Khamis.
SKMM sita telefon bimbit milik tiga individu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyita telefon bimbit milik ketiga-ketiga individu untuk memuat naik video bagi membantu siasatan.
SKMM turut merakam percakapan Badrul Hisham (Chegubard),Salim Iskandar di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Sementara, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) dilakukan di Balai Polis Setapak.
SKMM turut merakam percakapan Badrul Hisham (Chegubard),Salim Iskandar di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Sementara, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) dilakukan di Balai Polis Setapak.
Bas langgar 11 kenderaan, dua cedera
Hilang kawalan akibat kegagalan brek dipercayai punca sebuah bas melanggar 11 kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang di Batu Pahat, Johor.
Bekas juruteknik didakwa kali kedua
Seorang bekas juruteknik sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas pertuduhan membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah melalui Facebook miliknya, Mac lepas.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Seorang penunggang motosikal maut selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 30 meter dalam kemalangan di Jejantas Sungai Tiram, Bayan Lepas petang Khamis.
Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
GRS tidak tergugat dengan hasrat Bersatu tawan semula Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak tergugat dengan kenyataan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang yakin dapat merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Negeri akan datang.
Hanya EGM yang boleh tentukan keabsahan Hajiji sebagai Pengerusi GRS - Penganalisis
Jelas Syahruddin keabsahan kedudukan Hajiji perlu dijustifikasikan melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi mengembalikan keyakinan dalam anggota gabungan dan rakyat negeri itu.
4 MP GRS tidak langgar Akta Antilompat Parti, sudah tinggalkan Bersatu Oktober lalu - Wan Junaidi
Empat ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah meletak jawatan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada awal bulan Oktober 2022 iaitu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Empat MP Sabah perlu kosongkan kerusi, jika peletakan jawatan diterima parti - Wan Junaidi
Empat bekas Ahli Parlimen Bersatu yang bertanding atas tiket GRS pada PRU15 dan meninggalkan parti perlu mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing sekiranya peletakan jawatan mereka diterima.
Belum ada rundingan rasmi antara PGRS dan bekas pemimpin Bersatu Sabah
Presiden PGRS, Stephen Jimbangan ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan belum ada rundingan rasmi bersama bekas pemimpin Bersatu.
Bersatu Sabah belum 'lumpuh', Ronald Kiandee masih pemimpin parti
Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Ronald Kiandee menjelaskan kekal bersama Bersatu di Sabah walaupun kepimpinan negeri itu bertindak keluar parti hari ini.
Hajiji dan kepimpinan Bersatu Sabah tinggalkan Bersatu, akan tubuh parti tempatan baharu
Kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah mengumumkan meninggalkan parti itu hari ini.
PRU15: Jika calon Bersatu Sabah menang, sumbang kepada PN - Muhyiddin
Setiap calon Bersatu yang bertanding atas tiket GRS akan memberi sumbangan kepada Perikatan Nasional untuk menentukan beberapa kerusi di peringkat Dewan Rakyat.
Bersatu Sabah pertahan enam kerusi Parlimen dimenangi pada PRU lalu - Ketua Srikandi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah akan mempertahan enam kerusi parlimen yang dimenangi parti itu pada pilihan raya umum lalu.
'Ahli parti bebas datang dan pergi' - Komen Masidi tentang tindakan Mohamaddin
Masidi menyifatkan tindakan Mohamaddin adalah perkara biasa kerana ahli (parti) bebas datang dan pergi.