awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara Eropah bersatu bantah tarif AS berhubung Greenland
Kebakaran pusat beli-belah Pakistan: Angka kematian meningkat 14, puluhan masih hilang
Patuh teguran Agong, tindakan tegas Ahli Parlimen sentuh 3R dalam sidang Parlimen - Speaker
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kestabilan politik jadi keutamaan di sebalik pembentukan Kabinet Sabah baharu - Masidi

Bernama
Bernama
03/12/2025
21:30 MYT
Kestabilan politik jadi keutamaan di sebalik pembentukan Kabinet Sabah baharu - Masidi
Masidi turut menekankan kepentingan antara parti politik demi kebajikan negeri, di samping menyatakan pada masa tertentu, kedua-dua pihak perlu mengetepikan perbezaan masing-masing. - Gambar Bernama
KOTA KINABALU: Penyertaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) dalam Kabinet Sabah adalah bagi memastikan kestabilan politik di negeri itu, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Masidi Manjun.
Masidi yang juga Setiausaha Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengakui, keputusan berkenaan menerima kritikan, namun menegaskan langkah itu perlu memandangkan pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat adalah perkara utama bagi kerajaan.
"Ada kalanya kita perlu mengetepikan ego untuk melihat gambaran lebih besar dan bagi saya gambaran yang lebih besar itu ialah memastikan Sabah berada dalam keadaaan stabil supaya semua pihak dapat menumpukan perhatian kepada tugas yang perlu dilaksanakan.
"Pada pandangan saya, satu pembaziran sekiranya kita perlu mengadakan pilihan raya setiap kali hanya untuk menentukan siapa yang kuat atau tidak, sedangkan isu sebenar ialah untuk menyelesaikan masalah di Sabah, yang diketepikan demi mengejar kepentingan politik," katanya.
Masidi ditemui pemberita selepas mengimbas kad perakam waktu bagi memulakan hari pertama sebagai Menteri Kewangan Sabah di Menara Kinabalu, di sini, pada Rabu.
Pada Isnin, Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sukau pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 dilantik sebagai anggota Kabinet Sabah yang baharu dibentuk.
Masidi turut menekankan kepentingan antara parti politik demi kebajikan negeri, di samping menyatakan pada masa tertentu, kedua-dua pihak perlu mengetepikan perbezaan masing-masing.
Beliau berkata, matlamat utama kerajaan Sabah adalah pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyatnya, sambil menekankan pergolakan politik tidak akan timbul sekiranya semua wakil rakyat memahami keutamaan itu.
Masidi mengakui, komposisi Kabinet Sabah tidak akan memuaskan hati semua pihak, apatah lagi hanya dibarisi 11 anggota termasuk Ketua Menteri, sedangkan bakat yang layak terlalu ramai.
Setiap ADUN, katanya, mempunyai peranan berbeza dalam berkhidmat kepada rakyat, dan setiap jawatan diterima perlu dilihat sebagai peluang untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dengan penuh keterbukaan dan dedikasi.
"Ketua Menteri (Datuk Seri Hajiji Noor) dalam mesyuarat pertama Kabinet juga telah menyatakan bahawa kami semua berada di situ untuk bekerja keras dan memberi fokus untuk memastikan prestasi kementerian berada pada tahap tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#kestabilan
#ADUN BN
#Masidi Manjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan