awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Menteri P. Pinang tiada hak letak syarat untuk jawab soalan rakyat

Bernama
Bernama
11/06/2017
23:00 MYT
Ketua Menteri P. Pinang tiada hak letak syarat untuk jawab soalan rakyat
ZAINAL ABIDIN: Jika ada pihak seperti parti Gerakan kemuka soalan, Ketua Menteri tiada hak minta kemuka deposit, suruh berhenti berpolitik atau letak pelbagai syarat sebelum jawab soalan mereka. - Gambar fail
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tiada hak meletakkan syarat jika ada rakyat meminta penjelasan tentang sebarang isu di negeri ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman.
Ini kerana katanya Lim menjadi ketua menteri berdasarkan mandat yang diberi oleh rakyat.
"Bila mandat diberi oleh rakyat, mereka berhak bertanya soalan, lebih-lebih lagi ia bukan direka atau daripada sumber fitnah. Penjualan tanah di jalan Peel (misalnya), ia benar-benar berlaku.
"Jika ada pihak seperti parti Gerakan kemuka soalan, Ketua Menteri tiada hak minta kemuka deposit, suruh berhenti berpolitik atau letak pelbagai syarat sebelum jawab soalan mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, di sini pada Ahad.
Beliau mengulas tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang baru-baru ini yang menetapkan tiga syarat kepada Gerakan negeri sebagai 'pertukaran' bagi mengemukakan minit mesyuarat Perbadanan Ketua Menteri (CMI) berhubung isu penjualan tanah Jalan Peel, dekat sini.
Syarat berkenaan ialah Gerakan Pulau Pinang perlu menyumbang RM1 juta bagi tujuan kebajikan, menarik balik kenyataan bahawa keputusan penjualan tanah di Jalan Peel dibuat secara 'solo' serta meminta parti itu menarik diri daripada arena politik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan
#Lim Guan Eng
#politik
#pulau pinang
#rakyat
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan