awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”

Ketua-ketua Pemuda BN zahir sokongan kepada kepimpinan Ismail Sabri

Bernama
Bernama
17/09/2022
10:20 MYT
Ketua-ketua Pemuda BN zahir sokongan kepada kepimpinan Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua, kanan) bersama Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional di Stadium Titiwangsa, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua-Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) menzahirkan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor Amin Mohd Shukor berkata seluruh kepimpinan sayap dan akar umbi terus menyokong Ismail Sabri serta Ahmad Zahid untuk menerajui pucuk pimpinan.
"Ketua-Ketua Pemuda bukan sahaja daripada UMNO tetapi BN dan kepimpinan dari seluruh negara menzahirkan secara jelas, yang pertamanya sokongan 100 peratus kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Keluarga Malaysia untuk meneruskan kesinambungan yang ada.
"Kita percaya dan yakin usaha yang dibuat oleh kerajaan hari ini adalah usaha yang baik untuk rakyat.
"Yang kedua, kami menzahirkan kepimpinan parti yang diterajui Ahmad Zahid sebagai antara peneraju terbaik bersama dengan Perdana Menteri untuk memikirkan perkara-perkara yang terbaik bagi rakyat," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.
Amin juga berkata sebarang anasir dan dakyah yang boleh menjatuhkan pucuk pimpinan perlu ditolak bagi memastikan keharmonian parti dan kesejahteraan rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua-ketua Pemuda
#Pemuda BN
#sokongan
#kepimpinan
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#Pengerusi BN
#Zahid Hamidi
#UMNO
#BN
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.