awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairy: Selesaikan segera krisis MIC

Astro Awani
Astro Awani
29/01/2015
07:08 MYT
Khairy: Selesaikan segera krisis MIC
Khairy berkata kekuatan BN amat bergantung kepada kekuatan dan perpaduan yang wujud dalam setiap parti komponennya. - Gambar Fail
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin hari ini menggesa kepimpinan tertinggi MIC menyelesaikan krisis yang melanda supaya ia tidak terus merosakkan imej parti dan BN.
Khairy yang juga Menteri Beliau dan Sukan berkata, meskipun BN mengamalkan dasar konsensus serta tidak mencampuri urusan dalam parti komponennya, namun beliau merasakan kemelut ini perlu diselesaikan demi menjamin keutuhan parti.
Menurut beliau, kekuatan BN amat bergantung kepada kekuatan dan perpaduan yang wujud dalam setiap parti komponen yang membentukkan BN.
"Isu dalaman MIC yang dilihat semakin memuncak ekoran perkembangan semalam dikhuatiri bukan hanya akan menjejaskan sokongan kaum India terhadap parti itu, malahan tempiasnya akan turut terkena kepada BN.
"Oleh itu, saya menggesa agar kepimpinan tertinggi MIC boleh menyelesaikan kemelut ini dengan kadar segera agar ia tidak terus merosakkan imej parti komponen tersebut dan BN secara keseluruhan," kata Khairy dalam satu kenyataan pada Khamis.
Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno bagaimanapun berkata, Pemuda BN tidak berniat untuk mencampuri parti tersebut, namun menuntut agar barisan pimpinan MIC bertindak dengan bijaksana, segera dan proaktif.
Tambah beliau, ini ialah bagi menangani sebarang masalah secara damai, sebelum ia mencalar serta menjejaskan imej BN.
Krisis dalaman MIC tercetus selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) membatalkan pemilihan tiga Naib Presiden dan 23 anggota CWC parti tersebut dalam Perhimpunan Agung MIC di Melaka, pada November, 2013.
Dalam surat bertarikh 5 Dis lepas, RoS mengarahkan jawatan tersebut dipilih semula dalam tempoh 90 hari berikutan dakwaan wujud ketidakaturan serta berlaku pelanggaran perlembangaan parti dan Akta Pertubuhan.
Terbaru, Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel bersetuju untuk membuat moratorium (penangguhan) bagi membolehkan satu perbincangan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak diadakan bagi menyelesaikan kemelut parti.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#BN
#kemelut
#Khairy Jamaluddin
#krisis
#MIC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan