awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khidmat kepada DUN Nenggiri diteruskan - TPM Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
04/06/2017
23:17 MYT
Khidmat kepada DUN Nenggiri diteruskan - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni Di Bulan Ramadan di Masjid Mahmoodi, Pantai Irama pada Ahad. - Foto Bernama
Badan Perhubungan UMNO Kelantan dan UMNO Bahagian Gua Musang diminta memastikan perkhidmatan kepada rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri diteruskan setelah penyandangnya Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani dilucutkan kelayakan sebagai wakil rakyat kerana muflis.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tiada keperluan pilihan raya kecil diadakan kerana sudah melepasi tempoh yang mengizinkan ia dilangsungkan.
"Kita reda dengan kekosongan kerusi berkenaan, namun kita serah kepada Badan Perhubungan UMNO negeri (Kelantan) untuk menentukan dari segi perkhidmatan kepada rakyat dan UMNO Bahagian Gua Musang akan mengendalikan perkhidmatan di DUN berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan di Masjid Mahmudi di sini, Ahad malam.
Ahmad Zahid, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden parti, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN telah dimaklumkan berhubung kekosongan kerusi DUN Nenggiri.
Khamis lepas, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Datuk Abdullah Ya'kub mengisytiharkan kerusi DUN Nenggiri kosong berikutan penyandangnya Mat Yusoff muflis.
Abdullah dilaporkan berkata DUN Kelantan menerima surat pemakluman daripada Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan Selangor pada 28 Mei lepas yang memaklumkan Mat Yusoff telah muflis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Barisan Nasional
#calon
#DUN
#mat yusoff abdul ghani
#Nenggiri
#pilihan raya kecil
#TPM
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan