awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Perlis harap kerajaan negeri perkasa penghayatan al-Quran, teras pembinaan ummah
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KJ ingatkan UMNO jangan bertenggek atas kelemahan pembangkang

T K Letchumy Tamboo, Hafiz Marzukhi
T K Letchumy Tamboo, Hafiz Marzukhi
09/08/2015
11:08 MYT
KJ ingatkan UMNO jangan bertenggek atas kelemahan pembangkang
UMNO mesti menang atas kekuatannya sendiri dan keyakinan rakyat terhadap kekuatan itu. - Gambar Fail
UMNO tidak boleh bergantung kepada kelemahan pembangkang yang sedang kucar kacir untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, UMNO mesti menang atas kekuatannya sendiri dan keyakinan rakyat terhadap kekuatan itu.
"Kita tidak patut menang disebabkan oleh kelemahan pesaing. Kita patut menang atas kemampuan parti yang mendapat kepercayaan rakyat," kata beliau ketika sesi Hard Talk sempena Persidangan Pelajar Malaysia Ke-Sembilan di Hotel Renaissance hari ini.
Tambah beliau, rakyat tidak berhutang apa-apa kepada kerajaan dan tidak semestinya mereka harus memberi sokongan kepada kerajaan.
"Apa yang perlu dibuat adalah membuktikan kita boleh menguruskan negara dengan lebih baik daripada pihak lain," kata Khairy.
BACA: 'Saya tak gentar hilang jawatan' - Khairy
BACA: 'Intimidasi terhadap SPRM perlu dihentikan segera' - Khairy
Beliau juga berkata tidak patut sekiranya masalah yang dihadapi UMNO tidak diakui parti itu sendiri.
"Saya mengaku ada masalah tetapi saya berharap dengan masa kita akan dapat menyelesaikannya," jelas beliau.
Selain itu, Khairy turut ditanya dalam sesi tersebut sama ada beliau berada di 'pihak Presiden' atau 'Timbalan Presiden'.
"Saya bukan orang Najib atau orang Muhyiddin. Saya orang UMNO.
"Keutamaan saya adalah parti dan saya ingin membantu membawa parti ini ke arah kemenangan," katanya.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#pemuda
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan