awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kongres Nasional PKR 2024/2025 bermula hari ini

Bernama
Bernama
22/05/2025
01:35 MYT
Kongres Nasional PKR 2024/2025 bermula hari ini
Hampir 10,000 perwakilan dijangka hadir pada Kongres Nasional PKR 2024/2025. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Kongres Nasional PKR 2024/2025 bermula hari ini dengan perasmian serentak Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Kongres Wanita oleh Setiausaha Agung Dr Fuziah Salleh.
Perasmian kongres akan berlangsung pada 8 malam di Berjaya Waterfront Hotel di sini, dengan dihadiri Ketua AMK Adam Adli Abdul Halim, Ketua Wanita Fadhlina Sidek serta perwakilan kedua-dua sayap.
Kedua-dua sayap parti akan memulakan kongres masing-masing esok, dengan ucapan dasar Adam Adli dan Fadhlina.
Ia diikuti dengan sesi perbahasan ucapan dasar ketua sayap sebelum sesi penggulungan oleh setiausaha, naib ketua, timbalan ketua dan ketua sayap masing-masing.
Pengundian Pemilihan Peringkat Pusat akan diadakan pada Jumaat merangkumi pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan AMK dan Majlis Pimpinan Wanita, bermula 8 pagi hingga 5 petang.
Presiden PKR yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menyampaikan ucapan dasar sekali gus merasmikan Kongres Nasional PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada sebelah malam, hari sama.
Fuziah sebelum ini berkata hampir 10,000 perwakilan dijangka hadir pada Kongres Nasional PKR 2024/2025 seterusnya mengundi secara fizikal bagi Pemilihan Pusat manakala 20,000 perwakilan lagi akan mengundi secara dalam talian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kongres nasional PKR
#kongres amk
#Kongres Wanita
#Fuziah Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami