awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
Bayaran saham KPF tertunggak: Anggota desak penyelesaian segera, ancam piket besar-besaran
Nasry Asfura menang Pilihan Raya Presiden Honduras
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kongres Nasional PKR pertama kali berlangsung secara maya

Bernama
Bernama
04/06/2021
00:57 MYT
Kongres Nasional PKR pertama kali berlangsung secara maya
Anwar memuat naik ucapan menerusi Facebook rasminya semalam bersempena dengan Kongres Nasional Tahunan itu. - Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2020 yang berlangsung selama tiga hari membuka tirai persidangannya hari ini secara maya sepenuhnya susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan kerajaan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.
Ia sekali gus menjadi persidangan yang pertama kali diadakan sedemikian sepanjang penubuhan parti berkenaan yang kini menginjak usia 22 tahun.
Kongres tahunan ke-15 berkenaan dimulai dengan persidangan Wanita dengan ucapan oleh Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan diikuti ucapan dasar Ketua Wanita Fuziah Salleh.
Ia kemudian disusuli persidangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada Sabtu dan ucapan dasar oleh Ketua AMK Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Kedua-dua persidangan Wanita dan AMK juga akan mengadakan pemilihan 50 perwakilan setiap sayap untuk ke Kongres Nasional.
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dijangka menyampaikan ucapan dasar pada Ahad iaitu hari terakhir kongres tahunan berkenaan berlangsung.
Anwar dalam ucapan yang dimuat naik menerusi Facebook rasminya semalam bersempena dengan kongres itu menyifatkan persidangan kali ini unik memandangkan ia berlangsung sepenuhnya dalam talian.
"Saya berdoa kepada Allah mudah-mudahkan kita berkongres dalam keadaan baik dan selamat serta (mendapat) penyertaan yang membanggakan," katanya.
Kongres berkenaan yang akan disertai seramai 2,400 perwakilan dan pimpinan PKR menerusi aplikasi Zoom dari kediaman masing-masing, sebelum ini dijadualkan berlangsung di Shah Alam, Selangor secara hibrid yang menggabungkan kehadiran secara fizikal dan juga secara maya.
Namun, disebabkan pelaksanaan PKP dan disusuli dengan sekatan pergerakan penuh selama 14 hari bermula Selasa lepas yang dilaksanakan bertujuan melandaikan keluk COVID-19, kongres berkenaan terpaksa diubah format kepada secara dalam talian sepenuhnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Wan Azizah Wan Ismail
#PKR
#COVID-19
#Parlimen
#PKP
#perintah kawalan pergerakan
#sekatan pergerakan penuh
#Facebook
#pandemik
#Kongres Nasional Tahunan
#Angkatan Muda Keadilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan