KUALA LUMPUR: Tumpuan hari ini terarah ke Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur yang menghimpunkan perwakilan dan pemimpin daripada 19 parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan bagi membina kerjasama lebih utuh pada masa depan.
Seawal 10 pagi, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan buat julung kali membuka tirainya menerusi Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan dan Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan, yang diadakan secara serentak.
Konvensyen Wanita akan memfokuskan kepada agenda ekonomi, pembinaan negara bangsa dan peranan wanita dalam konteks Malaysia Madani.
Sementara itu, satu jentera baharu iaitu ‘Geng Perpaduan’ yang melibatkan semua sayap pemuda parti gabungan kerajaan ini akan dilancarkan sempena konvensyen itu bagi memperkukuh kerjasama dan mengatur gerak kerja dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
Jentera itu merupakan platform baharu buat pemuda dalam parti gabungan Kerajaan Perpaduan yang dianggotai sayap Pemuda Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan.
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan meneruskan agendanya pada pukul 2 petang dengan ‘Bicara Rakyat’ oleh pemimpin-pemimpin parti Kerajaan Perpaduan bagi membicarakan mengenai komitmen dalam menyelesaikan isu rakyat termasuk ekonomi, masa depan pembinaan negara bangsa dan konsep MADANI dalam pelaksanaan agenda rakyat.
Segmen itu terbahagi kepada tiga sesi iaitu Memperkasa Ekonomi Rakyat, Membina Negara Bangsa dan Malaysia Madani
Kemuncak konvensyen bertemakan ‘Madani Mewajahi Masa Depan Malaysia’ itu bermula pada pukul 3.30 petang dengan amanat Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum berakhir dengan deklarasi konvensyen.
Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, konvensyen berkenaan diadakan bagi memastikan gerak langkah dan hala tuju yang seiring dalam memimpin negara antara parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan, selain bertujuan untuk menentukan pemikiran dan dasar yang sama antara parti.
Penganalisis politik, Prof Ahmad Martadha Mohamed berkata, konvensyen itu amat penting dalam memberikan optik positif mengenai kestabilan politik negara sekali gus pemangkin penting kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Beliau berkata, konvensyen berkenaan bukan sahaja bakal mendapat perhatian pemerhati politik tempatan dan antarabangsa malah mampu membina keyakinan pelabur asing terhadap prestasi Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Anwar. - Bernama
Bernama
Sun May 14 2023

Seawal 10 pagi, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan embuka tirainya menerusi Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan dan Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan, yang diadakan secara serentak. - Gambar BERNAMA

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji - Mohd Na'im
Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Ada pihak cemburu, mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.

Polis Pakistan tumpas sindiket dalangi 328 pemindahan buah pinggang haram
Kumpulan itu akan mengenakan bayaran kepada pesakit tempatan US$10,000 dan mengenakan bayaran kepada warga asing US$35,000.

Pihak sorok beras akan diambil tindakan undang-undang - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran, mana-mana pihak yang didapati menyorok beras di negara ini akan diheret ke mahkamah.
Pertemuan Speaker: Keterjaminan makanan, perubahan iklim antara topik perbincangan
Mesyuarat melibatkan dua negara itu adalah merupakan langkah berterusan Parlimen Malaysia dalam meningkatkan kerjasama pelbagai hala antara Parlimen di negara Asia Tenggara.
Kumpul berjuta pensel, dinding kedai umpama lukisan berwarna-warni
Menurut al-Mandalawi, sejak muda dia menggunakan wang gajinya untuk membeli pensel dan kini berusia 56 tahun, tidak hairanlah koleksinya kini sudah berjuta.
Konflik Rusia-Ukraine: 85 bilion Euro bantuan termasuk ketenteraan kepada Ukraine
Kesatuan Eropah telah menyalurkan bantuan bernilai 85 bilion Euro kepada Ukraine sejak konflik Rusia-Ukraine bermula pada Februari tahun lalu.
Mumia berusia 128 tahun disemadi penduduk
Mumia berusia 128 tahun dikenali sebagai 'Stoneman Willie' akhirnya disemadikan pada Isnin. Mumia itu sebelum ini diletakkan dan dipamer di sebuah rumah pengebumian di Reading, Pennsylvania.
10 pendatang Cuba maut, 17 lagi cedera
Sekurang-kurangnya 10 warga Cuba termasuk seorang kanak-kanak maut selepas sebuah trak kargo yang membawa 27 pendatang terlibat kemalangan di Chiapas, selatan Mexico.

Konvensyen Kerajaan Perpaduan wajar diadakan di peringkat negeri - Zahid
Konvensyen itu dapat menjawab tohmahan yang dilemparkan terhadap kerjasama yang dijalinkan oleh parti-parti dalam kerajaan perpaduan.

'Geng Perpaduan' komitmen perkukuh perpaduan rakyat - Fadillah
Inisiatif 'Geng Perpaduan' atau 'GP' bukti komitmen semua parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan ke arah memperkukuhkan perpaduan demi membina negara bangsa.

Konvensyen Nasional: Noktahkan permusuhan politik, tumpu agenda kerajaan - Adam Adli
Politik tanah air memerlukan nafas baharu dalam memastikan agenda yang dibawa Kerajaan Perpaduan dapat dicapai.

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan berlangsung hari ini
Konvensyen menghimpunkan perwakilan dan pemimpin daripada 19 parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Komitmen tinggi wakil parti pastikan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan lancar
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan menjangkakan kehadiran lebih 10,000 delegasi parti politik, pemimpin parti dan penyokong.

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan fokus kepada rakyat, ekonomi negara
Menerusi konvensyen ini, Kerajaan Perpaduan dapat membuktikan usaha-usaha untuk menjatuhkan kerajaan itu merupakan sesuatu yang sia-sia.

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan akan tingkat keserasian parti gabungan - Ahmad Zahid
Konvensyen kali pertama itu, akan memberi peluang kepada kepimpinan parti gabungan dari pelbagai peringkat untuk bersama.

Mesyuarat Agung dibatalkan, AMANAH tegaskan kekal stabil
Sebanyak 148 AGM termasuk peringkat kawasan, sayap pemuda dan wanita AMANAH dibatalkan di seluruh negara kecuali Sabah.