awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
3 maut dalam nahas pesawat ringan di selatan Australia
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis dalaman UMNO dijangka berterusan - Penganalisis

Astro Awani
Astro Awani
13/12/2015
08:48 MYT
Krisis dalaman UMNO dijangka berterusan - Penganalisis
Pimpinan UMNO harus bersepakat dalam membuat keputusan sekaligus menghentikan segala kritikan yang menjejaskan kredibiliti parti Melayu itu. - Gambar fail
Krisis dalaman UMNO akan berterusan jika kritikan oleh beberapa individu dalam parti itu tidak dihentikan, kata Prof Madya Dr Fuad Mat Jali.
Penganalisis Geopolitik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata kritikan yang dibuat oleh beberapa individu perlu dihentikan kerana ia menjejaskan kreadibiliti kepimpinan UMNO.
"Isu ini akan berterusan...tapi dia (kritikan) terpaksa diberhentikan.
"Keberhentian ini akan diputuskan oleh pucuk pimpinan dan juga Jawatankuasa Majlis Tertinggi (MT) UMNO.
"Apa yang penting adalah untuk UMNO bergerak ke hadapan.
"Adakah mereka (MT) cuba katakan sama ada untuk memberhentikan sahaja komen-komen ini? Apa yang penting adalah untuk kepimpinan parti terus bersatu padu, terus maju ke hadapan untuk Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan datang," kata Fuad ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Justeru, pimpinan UMNO harus bersepakat dalam membuat keputusan sekaligus menghentikan segala kritikan yang menjejaskan kredibiliti parti Melayu itu.
Selain itu, Fuad juga berpandangan kepimpinan tertinggi UMNO perlu turun padang dan berjumpa dengan rakyat bagi memberi penjelasan berhubung isu berbangkit.
Menurutnya, kajian awal yang dilakukan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM mendapati defisit kepercayaan rakyat terhadap UMNO semakin menurun.
"Saya rasa apa yang dalam kajian kita, rakyat tidak mendapat maklumat yang sebenarnya.
"Apa isu-isu besar yg berlaku pada negara, rakyat ingin tahu lebih.
"Maknanya, mereka (MT) sepatutnya selepas ini bulatkan suara, bulatkan persefahaman, gerakkan jentera untuk turun padang...banyakkan hubungan dengan rakyat, ceritakan apa masalah sebenar yang berlaku," katanya.
Selain turun padang, Fuad mencadangkan supaya kepimpinan parti perlu mencari formula untuk menangani fitnah serta maklumat palsu yang disebarkan di media sosial kerana rakyat kini lebih cenderong untuk mempercayai maklumat alam maya.
Topic Berkaitan
#Fuad Mat Jali
#krisis
#MT
#UKM
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan