KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP berpandangan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak wajar diadakan susulan kemelut politik yang melanda negeri itu.

Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Khoo Poay Tiong berkata pilihan raya hanya akan menjejaskan proses pemulihan COVID-19 yang dilihat sedang beransur pulih ketika ini.

"Kita tidak harus mengulangi kesilapan seperti pilihan raya negeri Sabah pada tahun lepas yang telah menyebabkan peningkatkan kes COVID-19 secara mendadak dan kerajaan hilang kawalan terhadap virus tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA: DUN Melaka dibubar - Speaker

BACA: Kerajaan Melaka tumbang: Dua lagi ADUN akan tarik sokongan, dakwa Idris

Jelasnya lagi, Datuk Seri Sulaiman Md Ali perlu meletakkan jawatan dengan segera kerana tidak lagi mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri selain tidak mempunyai kedudukan untuk menasihatkan supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan.


[TERKINI] Sidang media perkembangan terkini situasi politik di Melaka

"Yang di-Pertua Negeri mesti diberi ruang untuk bertindak secara bebas dan objektif berlandaskan perlembangan negeri, tanpa sebarang pengaruh atau tekanan daripada mana-mana pihak.
 
"Sebuah kerajaan baharu sepatutnya ditubuhkan di Melaka berdasarkan perlembagaan negeri. Parti atau gabungan yang mempunyai majoriti wajar diberi peluang dan jemputan utama untuk menubuhkan kerajaan baharu," jelasnya.

BACA: Ini amaran Zahid: 'Khianat kerajaan Melaka, sedia terima tindakan'

Mengulas lanjut, beliau berkata menerusi mesyuarat yang berlangsung semalam, pihak CEC telah memilih Pengerusi Pakatan Harapan Melaka, Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri.


[TERKINI] Sidang media perkembangan politik Melaka

Justeru, beliau berkata CEC berpandangan krisis politik di Melaka wajar diselesaikan dengan segera supaya perhatian boleh dikembalikan kepada kesejahteraan rakyat.

Malah, mereka berpandangan politik dalaman dan ahli-ahli politik yang tidak berpuas hati tidak seharusnya menjadi gangguan terhadap usaha-usaha negara mengatasi krisis kesihatan dan krisis ekonomi semasa.


Ini Amaran Zahid | 'Khianat kerajaan Melaka, sedia terima tindakan'