Kerajaan Pakatan Rakyat harus melihat diri mereka di cermin.
Tun Daim Zainuddin berkata, bertahun lamanya, Pakatan telah menuduh UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengamalkan korupsi dan kronisme politik, sesuatu yang mereka juga terlibat sama.
“Jika anda membaca media dan media sosial pro-pembangkang atau yang simpati kepada Pakatan, anda akan dihujani pertanyaan seolah-olah kronisme politik hanya berlaku di Malaysia dan di negeri-negeri di bawah pentadbiran BN, tetapi tidak di negeri-negeri di bawah Pakatan. Namun, kita tahu kebenaran dan realiti adalah di sebaliknya.
“Media pro-pembangkang baru-baru ini telah mengaibkan dan mencerca saya sebagai salah seorang arikitek utama dalam bisnes-politik. Sebenarnya, bisnes dan politik adalah seperti kembar Siam yang tidak boleh dipisahkan dan tidak boleh dielakkan,” kata Daim dalam ucapannya sempena ‘Program Perbincangan Eksklusif bersama Tun Daim Zainuddin’ anjuran Malaysian Industrial Development Finance (MIDF) di Hotel Istana, di sini, semalam.
Bercakap di hadapan kira-kira 200 hadirin, bekas menteri kewangan itu berkata dalam dunia yang ideal, parti-parti politik tidak patut terlibat dalam bisnes. Namun, “siapa yang akan berikan dana untuk menggerakkan parti atau menyertai pilihan raya?”
Beliau berkata UMNO telah terlibat dalam bisnes untuk jangka masa panjang, sejak pemerintahan perdana menteri yang pertama lagi.
“Kita perlukan dana untuk mengerakkan parti dan menyertai pilihan raya. Tiada yang percuma. Sama ada anda membuatnya secara terbuka, seperti UMNO sekarang, atau bertanding seperti zaman dulu.
“UMNO dan parti komponen BN yang lain adalah sangat terbuka kepada orang ramai mengenai perkara ini, dan menjadikan orang ramai lebih peka terhadap apa yang tertulis di media cetak dan media sosial.
"Namun, jika anda melihat perkara yang sebaliknya, bagaimana pula cara Pakatan mengendalikan kerajaan negeri di bawah pentadbiran mereka?"
Daim berkata satu daripada projek terawal kerajaan Pakatan selepas mengambil alih Pulau Pinang pada tahun 2008 adalah menjadikan George Town sebagai bandar yang dilengkapi dengan fungsi wi-fi.
“Mungkin kita boleh bertanya kepada kerajaan negeri Penang, bagaimana projek itu berjalan dan adakah ia berdasarkan persaingan bida, dan adakah semua objektif yang dijanjikan oleh kedua kerajaan negeri dan kontraktor dipenuhi?”
Selanjutnya, sebelum Pilihan Raya Umum 2013 (PRU), Daim berkata kerajaan negeri yang sama tiba-tiba mengumumkan akan membuat terowong bawah tanah dengan kontraktor terlibat.
“Adakah terdapat apa-apa tender terbuka untuk projek ini? Bagaimanakah penilaian dilakukan dan parti mana yang mendapat hak istimewa untuk menjalankan projek berjuta-juta ini?” kata beliau.
Beliau juga menyuarakan ‘hubungan baik secara tiba-tiba’ antara kerajaan negeri dan kontraktor perumahan yang menyaksikan berlakunya migrasi syarikat dari Lembah Klang yang secara ‘tiba-tiba menjalankan projek di Pulau Pinang’.
Di Selangor, Daim berkata sebelum PRU 2013, Pakatan telah berusaha mendedahkan penjanjian yang telah ditandatangani kerajaan negeri.
“Banyak tuduhan dlemparkan. Namun perkara ini menjadi sunyi seperti tiada apa-apa yang berlaku. Apa terjadi kepada janji mereka untuk membuat pendedahan?"
Beliau memberitahu sejak Pakatan mengambil alih Selangor, beratus tempat urut dan pusat refleksologi tumbuh seperti cendawan di negeri itu.
“Anda tahu apa yang berlaku di sebalik pintu di kebanyakan tempat refleksologi ini. Ini semua berkaitan dengan beberapa personaliti kerajaan negeri. Saya tidak perlu mengulas atau menyebut kaitan pusat-pusat ini dengan perbuatan yang tidak enak dan seterusnya meningkatkan kes jenayah negeri tersebut," kata beliau.
Namun, setelah ia diputarbelitkan, dakwa beliau, perkara itu menjadi kesalahan kerajaan BN atau pihak polis.
“Ia mungkin benar, namun siapa yang menyediakan tempat ini pada mulanya. Atau adakah perniagaan ini terlalu kecil untuk dianggap sebagai kronisme politik?” kata beliau.
Di Kelantan, Daim berkata ia adalah rahsia terbuka kerajaan negeri itu memajakkan ribuan hektar tanah kepada ahli parlimen DAP dan keluarga Ngeh Koo Ham and Nga Kor Ming of Perak.
“Tiada kronisme politik dan nepotisme? Kita tahu modus operandi dan untuk mewujudkan sebuah imej Keislaman kerajaan PAS adalah dengan memajakkan tanah ini kepada badan atau syarikat milik kerajaan negeri untuk bayaran secara nominal."
Daim berkata Pakatan selalu cepat mencari kesalahan BN atau UMNO, namun terlupa apa yang berlaku di hadapan mata mereka.
“Mungkin mereka pandai menyembunyikan hubungan mereka dengan peniaga-peniaga dan pengusaha yang lain, tapi adakah itu bermaksud mereka tidak wujud?”
Beliau berkata rakyat Malaysia dan para pengundi jangan terpedaya dengan tuduhan kronisme politik hanya melibatkan syarikat-syarikat BN atau UMNO sahaja, tetapi apabila melibatkan negeri di bawah pentadbiran Pakatan, perkara itu seperti tidak berlaku.
“Walau bagaimanapun, media sosial seolah-olah menunjukkan BN dan parti komponennya sangat teruk apabila dibandingkan dengan apa yang dilakukan kerajaan negeri Pakatan.”
“Sangat mudah untuk menyalahkan apa yang dilakukan kerajaan BN sebelum kerajaan Pakatan mengambil alih. Tetapi sampai bila Pakatan mahu menggunakan BN/UMNO sebagai kambing hitam,” kata beliau.
Najiah Najib
Fri Nov 07 2014
DAIM: Bisnes dan politik adalah seperti kembar Siam - tidak boleh dipisahkan
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
Jelajah Jiwa SME Astro AWANI bakal bertemu PMKS Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad ini
Ikuti sesi perkongsian dari pakar industri, usahawan PMKS, bengkel ilmu dan pameran berserta jualan produk-produk tempatan.
PETRONAS Chemicals catat keuntungan selepas cukai RM633 juta bagi 2Q 2023
PCG turut mengumumkan pemberian dividen sebanyak RM640 juta, meliputi 55 peratus PAT bagi 1H 2023 dan kepentingan bukan kawalan
Grab Singapura rancang pemberhentian pekerja terbesar sejak COVID-19 - Laporan
Menurut laporan Bloomberg News, Syarikat Grab Holdings merancang siri pemberhentian pekerja terbesar sejak pandemik.
Sushi nasi lemak, makanan Jepun selera Malaysia
Idea menggabungkan identiti makanan Jepun dan Malaysia itu tercetus atas permintaan pelanggan.
MAFI tarik RM455 juta potensi pelaburan di Ekspo 2020 Dubai
Potensi nilai pelaburan itu melebihi sasaran awal kementerian, seterusnya menyifatkan penganjuran minggu tersebut sangat berjaya.
'Kopi Teduh' ilham dari TikTok, setanding jenama terkenal
Ilham untuk mengusahakan 'kopi tepi jalan' itu timbul apabila beliau sering menonton video mengenai perniagaan seumpama itu di media sosial.
Kerajaan baharu perlu bawa kestabilan kepada ekonomi - Persatuan perniagaan
Banyak perniagaan di negara ini yang berdepan masalah, terutamanya perniagaan kecil dan sederhana.
RUAG Malaysia dijenamakan semula sebagai Global Component Asia
GSA telah memperoleh operasi penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) sebuah kumpulan teknologi dari Switzerland, RUAG International di Malaysia pada Jun lalu.
Institusi kewangan perlu kreatif bangunkan penyelesaian baharu, inovatif - Gabenor
Tidak memadai bagi institusi kewangan untuk hanya memanfaatkan instrumen tradisional dalam memenuhi keperluan pembiayaan berkaitan.