awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ku Li sanggup isytihar harta sebelum pemilihan UMNO

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
19/06/2018
23:56 MYT
Ku Li sanggup isytihar harta sebelum pemilihan UMNO
Ku Li juga menyarankan agar semua menteri dan wakil rakyat dalam Pakatan Harapan juga diperiksa pemilikan harta mereka. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sedia untuk mengisytiharkan harta dan diperiksa apa yang dimiliki sebelum pemilihan UMNO yang dijadualkan pada 30 Jun ini.
Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan Ku Li berkata, kesediaannya itu untuk membuktikan beliau tidak pernah melakukan salahguna kuasa dan rasuah serta untuk dibuat perbandingan oleh ahli parti.
"Saya rela diperiksa dan saya rasa semua calon-calon yang nak bertanding dalam pemilihan UMNO ini pun patut diperiksa bukan hanya diperingkat presiden tetapi peringkat lain sekalipun," katanya selepas ditemu bual dalam program khas, 100 Hari Malaysia Baharu yang disiarkan di Saluran 501 Astro AWANI, malam tadi.
Beliau juga menyarankan agar semua menteri dan wakil rakyat dalam Pakatan Harapan juga diperiksa pemilikan harta mereka untuk membuktikan mereka benar-benar bersih dan tidak terlibat dengan rasuah.
Tengku Razaleigh bakal bersaing dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta empat lagi calon untuk merebut jawatan presiden UMNO.
Selain Tengku Razaleigh, Ahmad Zahid dan Khairy, empat lagi calon yang turut menyerahkan borang untuk bertanding jawatan presiden ialah penulis blog Rahmat Azim Abdul Aziz, Rosile Saat dari UMNO Bangi, Mohamed Iqbal Maricair dari UMNO Bandar Tun Razak, dan Mohd Yusof Musa @Jamaluddin dari UMNO Iskandar Puteri.
Topic Berkaitan
#harta
#isytihar
#Khairy Jamaluddin
#KUASA
#Malaysia
#Malaysia Baharu
#Pemilihan UMNO
#presiden
#Rasuah
#salahguna
#Tengku Razaleigh Hamzah
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan