awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuarantin: Konvensyen DAP Johor berlangsung tanpa kehadiran Lim Guan Eng, Kit Siang

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
02/05/2021
04:51 MYT
Kuarantin: Konvensyen DAP Johor berlangsung tanpa kehadiran Lim Guan Eng, Kit Siang
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong semasa berucap pada majlis Konvensyen pada sebelah pagi. - Foto Astro AWANI
BATU PAHAT: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan veteran parti itu, Lim Kit Siang tidak hadir pada Konvensyen DAP Johor ke-20 yang berlangsung di Batu Pahat, di sini, kerana sedang menjalani tempoh kuarantin.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong semasa berucap pada majlis Konvensyen pada sebelah pagi.
"Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan veteran parti DAP, Lim Kit Siang sedang menjalani tempoh kuarantin selama sepuluh hari di rumah.
"Ini kerana beliau menjadi kontak rapat kepada individu yang positif COVID-19, beberapa hari sebelum konvensyen ini berlangsung," katanya.
Dalam ucapan pembukaan, Chin Tong turut menyifatkan parti DAP bukan lagi parti pembangkang tetapi parti arus perdana.
Malah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, DAP sudah bersedia sebagai 'Kerajaan Menanti'.
"Pada PRU nanti, ada tiga kerajaan akan bertanding iaitu Pakatan Harapan, Perikatan Nasional dan Barisan Nasional.
"Kita sudah ada pengalaman mentadbir kerajaan sebelum ini, kita tidak akan menjadi parti pembangkang. Kita sudah bersedia dari segi idea, perlaksanaan dan pentadbiran dalam 'Kerajaan Menanti'," katanya.
Pada masa kini, DAP Johor mempunyai 23,283 ahli berbanding 13 tahun lalu, hanya 800 ahli sahaja.
Dengan 210 cawangan berbanding 87 cawangan pada 2018.
Pada konvensyen kali ini, Chin Tong sekali lagi dijangka berentap menentang gabungan pasukan setiausahanya, Tan Hong Pin dan bekas pemimpin DAP negeri itu, Dr Boo Cheng Hau dalam pemilihan pada konvensyen Johor kali ini.
Manakala Timbalan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching juga antara 40 calon yang akan bertanding pada pemilihan yang dijalankan dalam dua peringkat, membabitkan ahli jawatankuasa negeri, seterusnya barisan 15 kepimpinan negeri dalam peringkat kedua pengundian.
DAP adalah antara parti yang memenangi banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor selain Umno, iaitu masing-masing 14 kerusi, diikuti Bersatu (12 kerusi), PKR (tujuh), Amanah (enam), MIC (dua) dan satu bagi Pas.
Topic Berkaitan
#Lim Guan Eng
#Lim Kit Siang
#DAP
#Konvensyen DAP Joho
#COVID-19
#pembangkang
#pilihan raya umum
#pilihan raya
#Batu Pahat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan