awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan polis dibuat berhubung video didakwa berbaur perkauman

Bernama
Bernama
18/09/2015
10:30 MYT
Laporan polis dibuat berhubung video didakwa berbaur perkauman
Laporan polis itu dibuat berhubung penyebaran video yang didakwa berbaur perkauman di media sosial tiga hari lepas. - Gambar Fail
Beberapa wakil DAP dan Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (PPM) hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran video yang didakwa berbaur perkauman di media sosial tiga hari lepas.
Pegawai khas Pengerusi DAP Johor, Sheikh Omar Ali berkata video berdurasi seminit itu berbaur ancaman dan hasutan serta boleh menyinggung perasaan dan mengganggu-gugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.
"Kami mengutuk keras tindakan yanag berunsur provokatif dan boleh menyemai kebencian, prejudis seterusnya meruntuhkan kerukunan rakyat di negara ini," kata beliau kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Seri Alam pada 9 pagi.
Beliau berharap agar pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.
Turut hadir anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Rinting Cheo Yee How, ADUN Johor Jaya Liow Cai Tung dan anggota jawatankuasa PPM negeri Syed Othman Syed Abdullah.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam DSP Norazam Saari mengesahkan polis menerima laporan itu dan siasatan akan dibuat.
Topic Berkaitan
#Cheo Yee How
#Liow Cai Tung
#Parti Pekerja-Pekerja Malaysia
#Polis Daerah Seri Alam
#Sheikh Omar Ali
#Syed Othman Syed Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan