awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
E-invois Fasa 4, STSDS Fasa 1 bermula esok – LHDN
Rakyat Kelantan boleh mohon lesen mendulang mulai 1 Jan 2026
2026 buka lembaran baharu untuk Sabah terus maju - Hajiji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 2,000 ahli UMNO Besut belum berdaftar sebagai pengundi

Bernama
Bernama
29/07/2017
11:37 MYT
Lebih 2,000 ahli UMNO Besut belum berdaftar sebagai pengundi
AHMAD RAZIF: Mereka haruslah berbuat demikian sebelum September ini.
Sejumlah 2,654 anggota UMNO di daerah Besut masih belum berdaftar sebagai pengundi, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Menteri Besar itu berkata dari jumlah itu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut mencatatkan jumlah ahli tidak berdaftar teramai iaitu seramai 838 orang ahli.
Beliau berkata ia diikuti DUN Jerteh iaitu seramai 703 ahli, Kuala Besut (589) dan Kota Putera (524).
"Saya difahamkan mereka haruslah berbuat demikian sebelum September ini, kita tidak boleh meramalkan bila berlakunya PRU14 tapi kita harus mempersiap siagakan jentera kita bagi menghadapinya kelak," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Besut di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Besut Nawi Mohamad dan Anggota Parlimen Besut yang juga Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.
Dalam pada itu, mengenai kehadiran Rafizi Ramli di Kuala Terengganu, semalam, Ahmad Razif berkata sambutan yang diterima dalam program yang dihadiri Naib Presiden PKR itu dilaporkan agak mengecewakan.
"Tiap kali mereka (pembangkang) datang, mereka hanya membangkitkan isu yang sama yang sudah acap kali diterangkan seperti 1MDB," katanya.
Katanya, ia menunjukkan rakyat Terengganu sudah mengetahui permainan pembangkang untuk cuba menghasut mereka menentang kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Razif Abd Rahman
#Idris Jusoh
#kerajaan
#PRU14
#rakyat
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan