KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memaklumkan bahawa peletakan jawatan pemimpin negara setelah kehilangan keyakinan rakyat dan hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen bukan satu perkara luar biasa.
Sebaliknya kata Najib, perkara itu berlaku selepas berlaku kegagalan kerajaan dalam membendung COVID-19 seperti dilakukan oleh lapan negara sebelum ini.
"Tiada kena-mengena dengan tidak berperikemanusiaan atau tidak peduli keadaan rakyat yang perlu diselamatkan.
"Malah ianya sebaliknya. Sebab pendekatan perlu berubah setelah banyak kali gagal demi keadilan serta kebaikan Rakyat dan negara.
"Apa lagi nak dikata sekiranya, kuasa penuh darurat sudah diberi selama 7 bulan tetapi COVID menjadi 12 kali ganda lebih teruk," jelas Najib dalam satu muat naik di laman Facebooknya hari ini.
Malah Malaysia tambahnya menjadi negara paling lama melaksanakan lockdown, namun kes COVID-19 terus meningkat tanpa bantuan sewajarnya bagi rakyat.
"Malaysia menjadi negara antara paling tinggi dalam dunia bagi kadar kes baharu COVID dan kadar kematian COVID.
"Malaysia menjadi pasaran saham paling corot di Asia Pasifik dan kedua paling corot dalam dunia di belakang Venezuala.
"Segala-gala Belanjawan 2021 serta had hutang yang diluluskan telah terpecah dan ujuran pertumbuhan ekonomi perlu dipotong lebih separuh dari 7% ke 3.5% ke 4%," jelasnya lagi.
Tambah Ahli Parlimen Pekan itu, kesemua tujuh kesilapan dan kesalahan dasar itu amat jelas dilakukan oleh pemimpin, meskipun telah diingatkan berulang kali.
"Lain-lain negara tak seteruk itu tapi lain-lain pemimpin dunia turut mengambil tanggungjawab kegagalan dengan meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada orang baharu.
"Beza negara-negara itu dengan Malaysia ialah pemimpin mereka mengaku gagal (walaupun prestasi tak seteruk Malaysia) dan bersedia mengambil tanggung jawab sebab ini melibatkan nyawa manusia dan kelangsungan hidup Rakyat," jelasnya lagi.
Najib turut memberikan lapan senarai pemimpin-pemimpin dunia yang meletakkan jawatan setelah gagal kawal COVID-19 dan ekonomi semasa pandemik.
Ia merangkumi negara Itali, Perancis, Slovakia, Mongolia, Tunisia, Nepal, Sweden dan India.
Fareez Azman
Sun Aug 15 2021
Kata Najib, Malaysia menjadi negara paling lama melaksanakan lockdown, namun kes COVID-19 terus meningkat tanpa bantuan sewajarnya bagi rakyat.- Gambar fail
Anak KPD maut tertembak: Polis tunggu laporan forensik telefon bimbit
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan masih diteruskan termasuk mendapatkan maklumat kandungan dalam telefon bimbit mangsa.
Nahas helikopter Lumut: 'Wira negara, damailah kalian di sana...'
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia.
LHDN tak cadang lanjut tempoh kuat kuasa e-invois, beri pendidikan kepada PKS
Sebanyak 4,000 syarikat yang memperoleh pendapatan melebihi RM100 juta setahun disasarkan terbabit dalam pelaksanaan e-invois yang dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.
Bekas pegawai PTG didakwa tipu status Tanah Rizab Melayu
Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Malaysia sebuah negara selamat, Kedutaan AS respon tohmahan dangkal profesor pro-Israel
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Prof Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah sebuah negara tidak selamat dilawati.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Pakistan bidas AS terhadap sekatan ke atas firma pembekal item misil balistik
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan Mumtaz Zahra Baloch berkata Washington pada masa lepas telah mengambil langkah sedemikian tanpa bukti.