SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor harus memberi peluang kepada muka baharu terutama golongan profesional yang berpotensi dalam usaha merampas kembali Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata golongan 'warlord' BN sebagai orang politik harus berjiwa besar untuk menerima kelompok profesional selain memulakan pencarian calon lain yang dapat membantu kemenangan gabungan itu.
"Orang-Orang lama bagilah peluang kepada orang-orang baharu, zaman kita jadi wakil rakyat merekalah yang bantu kita.
"Zaman kita telah lepas, kita pula yang harus bantu muka-muka baharu untuk mereka menang," katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Konvensyen BN Selangor, di sini, malam tadi.
Beliau berkata kemenangan BN pada Pilihan Raya Negeri di Sabah, Melaka dan Johor tidak seharusnya dijadikan acuan bagi menghadapi PRU akan datang sebaliknya BN Selangor harus melakukan perubahan dengan mencari tokoh profesional dalam kalangan anak Selangor untuk dinamakan sebagai calon.
"Kita orang politik harus berjiwa besar kalau kita mahu kembalikan Selangor (kepada BN), cari orang-orang Selangor, lakukan pencarian bakat politik supaya mereka balik ke Selangor," katanya.
Ahmad Zahid juga berkata pelantikan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Bendahari BN Selangor adalah langkah permulaan untuk beliau 'terjun' ke bidang politik.
"Peluang itu adalah peluang yang terbaik kerana bukan sahaja beliau telah dikenali, tentu beliau mempunyai hasrat terlibat secara langsung dalam politik kerana beliau juga telah menjadi ahli UMNO Cawangan Jalan Travers (Bahagian Lembah Pantai)," katanya.
Tengku Zafrul pula menzahirkan ucapan terima kasih kepada BN Pusat dan Selangor atas kepercayaan melantik beliau sebagai Bendahari BN Selangor yang baharu.
Beliau berkata sama ada tercalon atau tidak pada pilihan raya akan datang, keutamaan yang diberikan adalah untuk memastikan BN dapat menawan kembali Selangor.
"Kita satu pasukan di Selangor. Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar dan saya akan bekerjasama dengan semua pucuk kepimpinan BN di Selangor... untuk menawan kembali Selangor," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 31 2022
Ahmad Zahid berkata golongan 'warlord' BN harus berjiwa besar untuk menerima kelompok profesional. - Gambar fail
Perkembangan semasa letusan Gunung Ruang
Ketua Biro Kompas TV Manado, Susan Margaret membawakan perkembangan terkini letusan Gunung Ruang di Indonesia.
PHAM 2024 melabuhkan tirai, kini tiba masanya bertindak!
Sidang Kemuncak Kesihatan Planet Dan Mesyuarat Ke-6 (PHAM 2024) melabuhkan tirainya selepas empat hari dengan tambahan pra sidang diadakan di Universiti Sunway, Petaling Jaya.
Sesi yang menghimpunkan peserta dari pelbagai latar belakang itu berjaya merapatkan jurang perbincangan antara pakar dari serata pelusuk dunia, sekali gus membawa lima harapan untuk penganjuran edisi seterusnya.
Sesi yang menghimpunkan peserta dari pelbagai latar belakang itu berjaya merapatkan jurang perbincangan antara pakar dari serata pelusuk dunia, sekali gus membawa lima harapan untuk penganjuran edisi seterusnya.
10 Suspek ditahan bawah Sosma, 28 hari tanpa perbicaraan
Sepuluh individu termasuk tiga lelaki warga asing yang ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan lelaki Israel Shalom Avitan ditahan semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) .
Tarikh akhir pelayaran tiga kapal akan dinilai semula
Wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi Break the siege of Gaza Freedom Flotilla ketika ketegangan di Asia Barat semakin memuncak susulan peperangan antara Iran-Israel.
Kapasiti empangan, sungai di Selangor masih pada tahap tinggi
Takungan air di semua tujuh empangan di Selangor dilapor berada pada kapasiti baik melebihi 73 peratus setakat semalam.
BN hanya dapat peruntukan RM100,000 masa jadi pembangkang - Ahmad Maslan
Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Ahli Parlmen dari Barisan Nasional (BN) hanya menerima peruntukan RM100,000 ringgit sewaktu jadi pembangkang.
Tiada syarat MP pembangkang sokong PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan tohmahan kononnya Ahli Parlimen pembangkang dikenakan syarat untuk menyokong Perdana Menteri bagi mendapatkan peruntukan.
Kanak-kanak 8 tahun cedera jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian seorang kanak-kanak berusia lapan tahun cedera dipercayai menjadi mangsa buki anak-anak jiran di Hulu Langat, Kajang baru-baru ini.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum pada Hari Pekerja – PM Anwar
Penambahbaikan struktur gaji baharu penjawat awam hampir dimuktamadkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam perkongsian terbaharu di laman media sosialnya, beliau berkata, perkara itu telah telah diperincikan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 3 Tahun 2024, yang beliau pengerusikan di Putrajaya pada Jumaat.
Dalam perkongsian terbaharu di laman media sosialnya, beliau berkata, perkara itu telah telah diperincikan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 3 Tahun 2024, yang beliau pengerusikan di Putrajaya pada Jumaat.
Tiada kerosakan kemudahan nuklear Iran - IAEA
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan tapak nuklear Iran tidak mengalami kerosakan selepas letupan kedengaran di tengah-tengah dakwaan serangan Israel ke atas negara itu.
Ketua Pengarahnya, Rafael Grossi menyeru semua pihak bertenang dan mengulangi bahawa kemudahan nuklear tidak boleh menjadi sasaran dalam konflik ketenteraan.
Ketua Pengarahnya, Rafael Grossi menyeru semua pihak bertenang dan mengulangi bahawa kemudahan nuklear tidak boleh menjadi sasaran dalam konflik ketenteraan.
Pelan Industri Sukan kini di fasa akhir - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Belia dan Sukan kini dalam fasa akhir membangunkan Pelan Industri Sukan, yang menggariskan strategi dan inisiatif memberi manfaat kepada sektor industri sukan.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
TPM, Jemaah Menteri rakam ucapan takziah kepada Arthur sekeluarga
Mendiang Joseph Kurup disifatkan seorang teman yang sentiasa bersemangat mendukung obor perjuangan parti tatkala susah dan senang.
Mengenang Joseph Kurup: Jasa mendiang pasti dikenang negara, rakyat - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan jasa mendiang Tan Sri Joseph Kurup ketika menjadi menteri di peringkat Persekutuan dan negeri, akan dikenang rakyat dan negara.
Titah Adendum: Peguam Negara bawa perkara dibangkitkan Tengku Zafrul ke mahkamah
Jabatan Peguam Negara akan membawa perkara berhubung kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz kepada perhatian pihak Mahkamah.
Afidavit Presiden UMNO: Pemuda UMNO Kota Raja desak MKT nyatakan pendirian
Pemuda UMNO bahagian Kota Raja mendesak MKT parti segera membuat satu mesyuarat khas bagi membincangkan dan membuat sat.u pendirian berkenaan isu afidavit tambahan yang diikrar Ahmad Zahid hari ini.
Zafrul dapatkan nasihat undang-undang mohon fail afidavit, betulkan kesilapan fakta
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk meminta kebenaran bagi memfailkan afidavitnya untuk memperbetulkan beberapa kesilapan fakta.
Zahid Hamidi 'saksi kritikal', sokong dakwaan Najib mengenai kewujudan Titah Adendum
Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO itu menyokong dakwaan berkenaan menerusi afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 April lalu.
Jangan lupa keselamatan diri, keluarga dalam keterujaan sambut Aidilfitri - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menitip pesanan kepada rakyat khususnya umat Islam yang akan meraikan Aidilfitri, untuk menjaga keselamatan diri serta ahli keluarga.
Anwar, Zahid ucap takziah kepada keluarga Jaafar Onn
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga penghibur tanah air Jaafar Onn yang meninggal dunia hari ini.