Skip to main content

Politik

Loke teruskan program rasmi di China sebelum urus peletakan jawatan

TB_LOKE DAP HORMAT MELAYU_DAP
Anthony Loke akan menghadiri mesyuarat APEC dan memeterai dua MoU sebelum kembali bagi menguruskan proses peletakan jawatannya.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook akan meneruskan program rasminya di China seperti dijadualkan bagi mewakili Malaysia dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan APEC ke-12 di Beijing.

Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, program berkenaan turut melibatkan beberapa pertemuan dua hala serta pemeteraian dua Memorandum Persefahaman (MoU).

Ia termasuk MoU kerjasama pengangkutan antara kerajaan Malaysia dan kerajaan China, meliputi sektor darat, rel, maritim, penerbangan dan logistik.

Satu lagi MoU membabitkan kerjasama keselamatan penerbangan antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC).

Menurut MOT, MoU CAAM–CAAC itu merangkumi bidang kelayakan udara, pensijilan organisasi penerbangan, pelesenan personel, pengawasan operasi serta pengiktirafan bersama dapatan dan sijil pematuhan.

Selepas menyelesaikan program rasmi di Beijing, Loke dijadual ke Shanghai untuk menyertai rombongan Perdana Menteri sebelum kembali ke Malaysia bagi menguruskan perkara berkaitan proses peletakan jawatannya.

MOT memberi jaminan segala urusan dan tanggungjawab kementerian akan terus dilaksanakan seperti biasa secara profesional dan teratur.

Pada Sabtu, Loke yang juga Setiausaha Agung DAP menawarkan peletakan jawatan susulan keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.

Susulan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau masih belum menerima surat peletakan jawatan Loke tetapi sudah dimaklumkan dan berbincang mengenainya.

 

 

Must Watch Video

Advertisement