awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lokman Adam diterima semula sertai UMNO dengan syarat - Tajuddin

Astro Awani
Astro Awani
30/09/2021
04:09 MYT
Lokman Adam diterima semula sertai UMNO dengan syarat - Tajuddin
Datuk Lokman Noor Adam dilucutkan keahlian daripada UMNO pada 20 Februari tahun lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam diterima semula untuk menjadi ahli parti Melayu itu dengan beberapa syarat.
Perkara itu disahkan oleh Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman seperti dilapor Berita Harian.
Memetik laporan tersebut, Tajuddin berkata, permohonan semula Lokman sebagai ahli UMNO diterima baik, namun beliau tidak memperincikan syarat yang dikenakan.
"Permohonannya (Lokman) sebagai ahli UMNO diterima balik, tetapi dengan beberapa syarat,” katanya memetik laporan Berita Harian.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai mesyuarat MKT UMNO pada Rabu malam.
Lokman dilucutkan keahlian daripada UMNO pada 20 Februari tahun lalu.
Mengulas mengenai mesyuarat MKT pula, Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, fokus mesyuarat adalah bagi memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Katanya, UMNO juga bersiap sedia untuk pilihan raya pada bila-bila masa selain memaklumkan soal pemilihan calon tidak timbul.
Beliau turut mendedahkan mesyuarat pada malam tadi tidak membincangkan mengenai soal pemilihan parti itu.
Difahamkan, mesyuarat MKT UMNO malam tadi adalah yang pertama dihadiri Ismail Sabri selepas tiga kali ditangguhkan sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Lokman Noor Adam
#ismail sabri yaakob
#UMNO
#PRU-15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan