awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahathir nafi setiap dakwaan, tuntutan saman fitnah Ahmad Zahid

Astro Awani
Astro Awani
27/04/2022
06:41 MYT
Mahathir nafi setiap dakwaan, tuntutan saman fitnah Ahmad Zahid
Tetuan Haidir & Co yang mewakili Dr Mahathir memaklumkan anak guamnya bersedia untuk memfailkan tuntutan balas jika wujud keperluan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan setiap dakwaan dan tuntutan saman fitnah yang dikemukakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadapnya.
Tetuan Haidir & Co yang mewakili Dr Mahathir dalam satu kenyataan memaklumkan anak guamnya bersedia untuk memfailkan tuntutan balas jika wujud keperluan.
"Ingin dimaklumkan di sini bahawa anak guam kami tidak berganjak bahawa kenyataan yang telah dinyatakan oleh beliau adalah benar dan memelihara hak beliau untuk memfailkan tuntutan balas jika perlu di mahkamah kelak," memetik kenyataan itu.
Hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan tarikh pengurusan kes bagi saman fitnah yang melibatkan Zahid dan Dr Mahathir.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan arahan selanjutnya untuk pendengaran kes tersebut berkaitan permohonan Interim Injunksi Plaintif pada 17 Jun depan selain menetapkan tarikh yang sama bagi pengurusan kes saman Plaintif tersebut.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, 69, sebelum itu memfailkan saman fitnah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu mempengaruhi bekas Perdana Menteri itu untuk mencampuri urusan perbicaraan kes yang dihadapinya di mahkamah.
Saman itu dilakukan menerusi Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu minggu lalu (20 April) dengan menamakan Mahathir, 97, sebagai defendan tunggal manakala notis tuntutan dihantar pada 25 April.
Berdasarkan pernyataan tuntutan yang diperoleh menerusi carian sistem mahkamah, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pada 19 Oktober 2018, beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas 12 pertuduhan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram dan kesemua pertuduhan tersebut telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Namun Presiden UMNO itu berkata, pada 23 Februari lalu, Dr Mahathir telah mengeluarkan kenyataan palsu dan berbaur fitnah dengan niat jahat merujuk secara terus kepada plaintif.
Menurutnya, ia dibuat dalam suatu Majlis Pelancaran Aspirasi Parti Pejuang sempena Pilihan Raya Negeri Johor ke-15 di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
Katanya, Dr Mahathir memfitnah bahawa beliau pernah hadir ke rumah Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu bersama beberapa individu lain bagi mendapatkan bantuan untuk menyelesaikan kes mahkamah yang dihadapinya.
Sebelum ini, Dr Mahathir mendakwa pertemuan itu berkemungkinan berlaku disebabkan beliau merupakan seorang Perdana Menteri, namun diketahui bahawa Ahmad Zahid mungkin dimasukkan ke penjara.
Ahli Parlimen Langkawi itu mendakwa, pernah mendengar bahawa Ahmad Zahid juga cuba untuk menghapuskan tindakan terhadapnya melalui mahkamah.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Mahathir Mohamad
#Zahid saman Mahathir
#saman fitnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan