HARI ini, pastinya Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti  menjadi tumpuan utama di Dewan Rakyat.

Walaupun bukan penyelesaian sepenuhnya kepada isu Ahli Parlimen lompat parti, namun, ia dikatakan sebagai langkah pertama dalam menuju kestabilan politik negara.

Adakah RUU ini sudah memadai? Benarkah ia mampu menjamin kestabilan politik negara?

Selepas RUU ini diluluskan di Dewan Rakyat, apa seterusnya dan perlukah RUU Pemecatan Ahli Politik pula diwujudkan?

Paling penting, adakah, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu disegerakan?

Banyak persoalan yang bermain di fikiran dan segala pertanyaan ini akan dibincangkan dalam Dialog Tiga Penjuru "Tiada Lagi 'Katak', PRU15 sekarang atau nanti dulu?" bermula pukul 9 malam ini.

Untuk itu, Astro AWANI akan membawakan tiga pemimpin politik yang akan mengupas tajuk ini malam ini.

Mereka ialah Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz; Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal dan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke.

Pastikan anda tidak ketinggalan menonton Dialog Tiga Penjuru "Tiada Lagi 'Katak', PRU15 sekarang atau nanti dulu?" pukul 9 malam ini di saluran 501, www.astroawani.com dan semua aplikasi Astro AWANI.