awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masih belum ada keputusan berhubung kedudukan Husam - Abdul Hadi

Astro Awani
Astro Awani
19/02/2016
01:21 MYT
Masih belum ada keputusan berhubung kedudukan Husam - Abdul Hadi
Keputusan untuk merujuk Husam ke Jawatankuasa Disiplin parti dicapai dalam Mesyuarat Kerja Pas Pusat yang diadakan pada Sabtu lepas. - Gambar fail
Masih belum ada keputusan berhubung kedudukan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa selepas beliau dirujuk ke Jawatankuasa Disiplin parti tersebut.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya sudah mengarahkan jawatankuasa berkenaan untuk memanggil Husam bagi tujuan menjalankan siasatan tersebut.
"Arahan sudah dibuat untuk Jawatankuasa Disiplin panggil. Keputusan terpulang kepada mereka."
"Selepas ini, jawatankuasa itu akan menentukan kedudukan Husam berikutan tindakannya yang terus mencabar dan mengkritik parti," kata Hadi selepas Majlis Perasmian Pejabat Penyelaras Parlimen Pas di Kuala Terengganu, pada Khamis.
BACA: 'Kepada Allah saya bertawakal' - Husam BACA: Husam dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib Pas
Keputusan untuk merujuk Husam ke Jawatankuasa Disiplin parti dicapai dalam Mesyuarat Kerja Pas Pusat yang diadakan pada Sabtu lepas.
Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ahli mesyuarat yang bersidang telah mengambil maklum tentang aduan tatatertib terhadap Husam.
"Mesyuarat berpandangan aduan tersebut mempunyai asas dan boleh dipertimbangkan tindakan tatatertib sebagaimana diperuntukkan perlembagaan Pas," kata Tuan Ibrahim.
Tambah beliau, prosiding berkaitan akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Tatatertib Parti yang dipengerusikan Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Datuk Husam Musa selepas dirujuk ke Jawatankuasa Disiplin
#Masih belum ada keputusan berhubung kedudukan bekas Naib Presiden Pas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan