PONTIAN: Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad hari ini memberi bayangan akan bertanding dan mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu bagaimanapun berkata hasrat beliau untuk terus mengekalkan kerusi yang disandangnya itu belum dimuktamadkan lagi.
"Saya kalau boleh, dan diberi peluang sekali lagi, mahu bertanding di Benut," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina di DUN Benut di sini.
Hasni merupakan penyandang kerusi DUN Benut selama tiga penggal sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 dan pada PRU ke-14, menewaskan calon Bersatu Zulkifly Tasrep dan Mohd Firdaus Jaafar (PAS) dengan majoriti 4,447 undi.
Ditanya desas-desus adik Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Aziz Shari, 33, yang dikatakan akan bertanding di kerusi itu, Hasni menjawab ringkas: "Lagi ramai lagi meriah."
Awal hari ini, Aziz yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pontian dan anak jati Kampung Asam Kumbang, Benut diuar-uarkan antara calon disebut-sebut untuk bertanding kerusi itu menentang Hasni pada PRN akan datang.
Sementara itu, Hasni yang juga Pengerusi BN Johor, berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri akan melakukan perubahan termasuk mengemukakan calon muda mengikut kehendak masyarakat sejajar dengan situasi terkini serta peredaran semasa.
Beliau berkata proses mengenal pasti calon sedang dilakukan dan akan dimuktamad kemudian.
"UMNO dan BN bukan statik dan berkembang ikut peredaran masa. Ketika ini, masyarakat mahu calon terdiri daripada orang muda dan muka baharu maka saya dan parti tidak abaikan apa juga saranan serta tuntutan pelbagai pihak dalam membentuk kerajaan Johor yang lebih stabil," katanya.Hasni turut diminta mengulas tindakan ADUN Puteri Wangsa Mazlan Bujang yang mengumumkan keluar Bersatu semalam selain menyatakan sokongan kepadanya.
"Saya doakan beliau terus bergerak aktif dalam politik. Dalam tempoh 24 bulan beliau menyandang jawatan Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, saya rasakan beliau sudah memahami cara kerja UMNO dan BN.
"Di situ saya rasa Mazlan lihat kita ada persefahaman dan menyebabkan beliau yakin untuk menyokong BN, UMNO serta kepimpinan saya," katanya.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan pula mengesahkan tidak akan bertanding di mana-mana kerusi DUN di kawasan Parlimen Pontian untuk memberi tumpuan pada tugasnya sebagai Ahli Parlimen.
Beliau turut menzahirkan sokongan penuh kepada Hasni untuk dicalonkan semula bagi DUN Benut.-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 28 2022

Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad hari ini memberi bayangan akan bertanding dan mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang. - Gambar fail/BERNAMA

Orban angkat sumpah PM Hungary untuk penggal kelima
Dalam ucapannya, Orban memberi amaran bahawa masa sukar menanti di hadapan.

Cabaran pasca-COVID dalam subsektor perikanan tuntut komitmen berterusan LKIM
Komitmen itu juga penting agar hasil perikanan sentiasa mencukupi dalam terus menjamin sekuriti makanan negara.

Politik Filipina | Protes bantah lawatan Ferdinand Marcos Jr di Melbourne
Masyarakat Filipina di Australia berhimpun di melbourne bagi membantah lawatan bakal presiden, Ferdinand Marcos Junior yang dipercayai melawat anaknya di negara itu. Menurut jurucakapnya, Marcos Junior berada di Australia untuk tujuan lawatan peribadi bersama keluarga.

Terbuka Thailand: Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke pusingan kedua
Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani memulakan kempen mereka di Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2022.

Harimau Malaya | 29 Pemain sertai kem latihan bermula 19 Mei
Matthew Davies, Afiq Fazail, Guilherme De Paula, Junior Eldstal dan Norshahrul Idlan Talaha antara sembilan pemain baharu yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 19 Mei ini. Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengumumkan, seramai 29 pemain yang telah disenaraikan sebagai persiapan mengharungi dua aksi persahabatan dan kelayakan Piala Asia 2023 yang bermula 27 Mei depan.

25 Tahun | Rossa Bakal adakan konsert di Jakarta 27 Mei ini
Tahun ini, genap 25 tahun penyanyi terkenal dari Indonesia, Datuk Seri Rossa berada dalam industri nyanyian. Penyanyi berusia 43 tahun itu membawa khabar gembira untuk peminat apabila bakal mengadakan Konsert Rossa 25 Shining Years pada 27 Mei ini di Istora Senayan, Jakarta.

Inflasi | Penuhi permintaan barangan tempatan
Kerajaan disaran memastikan pengeluaran barangan tempatan mampu memenuhi permintaan pengguna dalam negara. Profesor Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Noor Azman Ali berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi melihat kejayaan kempen beli barangan tempatan yang mampu mengatasi masalah inflasi negara.

HSR Bangkok-KL | Satu jawatankuasa khas ditubuhkan
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dan rakan sejawatannya dari Thailand, Saksayam Chidchob bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membincangkan secara terperinci mengenai perancangan, jajaran dan aspek teknikal projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HRS) Bangkok-Kuala Lumpur.

Perkeso | Perkeso lancar Ops Cegah
Seiring dengan usaha bersepadu yang berterusan bagi mengurangkan kadar kemalangan melibatkan pekerja di Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah melancarkan, buat julung kalinya, program Ops Cegah.

Kes Dera | Polis panggil saksi lain beri keterangan
Polis akan memanggil beberapa saksi lain bagi memberikan keterangan berhubung kes kematian seorang kanak-kanak perempuan yang disyaki didera oleh ibu dan bapa saudaranya. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, adik mangsa yang disyaki turut didera masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan disahkan stabil.

Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.

PAU2021: Hasni tetap jadi kebanggaan rakyat Johor - Zahid
Penghargaan diberi atas kejayaan UMNO Johor menakluk semula negeri itu dalam PRN baru-baru ini.

Onn Hafiz akan teruskan misi, visi Hasni
Menteri Besar Johor yang baharu Datuk Onn Hafiz Ghazi akan bekerjasama serta meneruskan misi, visi dan manifesto bekas Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad.

Hasni letak kepentingan negeri dan parti mengatasi peribadi - Shahril Hamdan
Hasni menjiwai semangat kata-kata yang dilafazkan 'tiada ideologi politik, tiada parti politik yang lebih penting dari Johor Darul Ta'zim''.

Perwakilan Johor tidak akan ambil bahagian perbahasan Perhimpunan Agung UMNO
Datuk Hasni difahamkan telah meminta agar ahli UMNO tidak memanjangkan isu berkenaan.

Tahniah Onn Hafiz, kini masa untuk bersama bina Johor yang lebih makmur - Hasni
Seruan itu dibuat selepas kemelut pemilihan Menteri Besar Johor ke-19 selesai dengan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Tahniah Onn Hafiz, terima kasih Hasni - Nazri
Nazri menjelaskan, keputusan melantik Onn Hafiz menerajui kerajaan negeri itu dapat merejuvinasikan kepimpinan UMNO di Johor.

Hasni Mohammad trending di Twitter menerusi #hasni4mbj
Teka-teki siapa yang bakal dipilih untuk menjawat jawatan Menteri Besar Johor masih belum terjawab dengan beberapa nama kini hangat diperkatakan.

Calon MB Johor: Istiadat Angkat Sumpah pada pukul 3 petang?
Sumber memaklumkan Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah Menteri Besar akan berlangsung di Istana Bukit Serene, 3 petang ini.

'Anak muda terajui Johor satu pembaharuan terbaik' - Exco MBM
Ia merupakan satu bentuk pembaharuan dalam pentadbiran negeri, sama seperti yang berlaku di Melaka sebelum ini.