awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCA yang harus nyatakan pendirian, bukannya DAP - Kit Siang

Haider Yutim
Haider Yutim
23/03/2015
23:57 MYT
MCA yang harus nyatakan pendirian, bukannya DAP - Kit Siang
Lim Kit Siang turut mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan pandangan UMNO tentang hudud.
MCA harus jelaskan pendirian mereka kerana membenarkan UMNO menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 atau hudud, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Beliau membalas ‘serangan’ Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menyelar DAP kerana menyokong PAS meskipun sudah mengetahui tentang pegangan parti itu yang memperjuangkan hudud sejak awal lagi.
“Yang harus jelaskan perubahan kedudukan mereka ialah MCA kerana membenarkan UMNO membelakangi dasar mereka dengan menyokong hudud di Kelantan.
“Pandangan DAP tidak pernah berubah.. setakat yang kita tahu, tidak berubah,” kata ahli Parlimen Gelang Patah itu pada sidang media di lobi Parlimen pada Isnin.
Dalam pada itu, beliau juga mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan pandangan UMNO tentang hudud.
Katanya kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kemusnahan bagi Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun kata Kit Siang, jika itu berlaku, sudah tiba masanya untuk sebuah gabungan baharu diwujudkan melibatkan kedua-dua parti termasuk dari Sabah dan Sarawak.
Terdahulu, Tiong Lai hari ini menyelar tindakan Kit Siang yang dilihat cuba menarik sokongan ahli BN melalui isu hudud.
Katanya, Kit Siang sudah sedia maklum sejak awal bahawa sekutunya dari Pakatan Rakyat, iaitu PAS sememangnya ingin menubuhkan negara Islam, namun DAP tetap mempertahankan mereka.
Semalam, dalam laporan The Star, Kit Siang telah mencadangkan pembentukan sebuah gabungan baharu yang dikenali sebagai "Save Malaysia" (Selamatkan Malaysia) yang terdiri daripada ahli politik pembangkang dan kerajaan.
Katanya matlamat gabungan tersebut adalah untuk memperjuangkan Perlembagaan Persekutuan serta kedaulatan undang-undang.
Cadangan itu dipercayai tercetus akibat ketegangan yang berlaku daripada desakan PAS untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah II atau hudud.
Topic Berkaitan
#DAP
#hudud
#Lim Kit Siang
#Liow Tiong Lai
#MCA
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan