MELAKA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menafikan semua 11 wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) bersama empat ADUN yang menyokong parti itu akan mengadakan pertemuan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
Low Chee Leong yang juga bekas ADUN Kota Laksamana memaklumkan, kenyataan dibuat ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee bersifat dangkal memandangkan perkara itu tidak pernah dibincangkan bersama pimpinan PH negeri.
“Merujuk kepada pengumuman Norhizam bahawa ADUN PH dan empat orang ADUN yang mengisytihar juga sokong kerajaan negeri akan mengadap Agong, Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari (juga) telah menafikan perkara ini.
“Norhizam ini siapa? PH tidak ada membangkitkan perkara ini dan kita tahu tidak boleh menghadap Agong tanpa melalui proses protokol yang betul.
“Saya ingin menegaskan bahawa Norhizam harus berhenti mencemarkan nama baik PH, kerana bukan semua ADUN PH menerimanya sebulat suara, jangan juga bermimpi DAP akan terima dia sebagai rakan,” katanya kepada Astro AWANI pada Khamis.
Terdahulu, Norhizam memaklumkan bahawa kesemua 15 ADUN UMNO, BERSATU dan Bebas Melaka yang mendakwa mempunyai majoriti cukup untuk membentuk kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Beliau berkata, pertemuan itu ekoran ketidakpuasan hati terhadap keputusan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas mendapat nasihat Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Mengulas lanjut ujar Chee Leong, beliau memberi amaran kepada Norhizam untuk tidak mengambil kesempatan dengan krisis politik yang berlaku di negeri itu.
“Saya beri bagi amaran keras kepada beliau, ‘jangan menangguk di air keroh’ dan kucar kacirkan situasi politik yang sedang berlaku di Melaka ketika ini.
“Beliau harus bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dibuat tanpa makluman PH dan jangan sampai dia jadi (lagi) bahan ketawa dunia,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata pihaknya tiada rancangan setakat ini untuk menghadap Agong.
Katanya menerusi hantaran di Facebook, fokus mereka ialah untuk membawa isu pembubaran DUN ke mahkamah bagi mempertikaikan proses dan fakta pembubaran.
Isnin lalu, Tun Mohd Ali bersetuju membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14 berkuat kuasa Isnin lalu.
Perkara itu diumumkan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh, pada sidang medianya di Seri Negeri, di sini.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Oct 06 2021
Chee Leong memaklumkan, kenyataan dibuat Pengkalan Batu itu bersifat dangkal. - Gambar fail
Kastam tahan lelaki cuba seludup lebih lima kilogram dadah
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menahan seorang lelaki tempatan yang cuba menyeludup keluar lebih lima kilogram dadah bernilai RM177,120.60 di Jeti Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Lama Tawau pada Selasa lalu.
Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara
Malaysia bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.
Piala Uber: Indonesia kejutkan Korea Selatan untuk ke final pertama sejak 2008
Indonesia mengejutkan juara bertahan Korea Selatan pada aksi separuh akhir hari ini.
El Nino: Bekalan lembu, kambing korban mencukupi - Mohamad Sabu
Bekalan lembu dan kambing bagi keperluan sambutan Aildiladha adalah mencukupi biarpun negara berhadapan cuaca panas susulan fenomena El Nino.
Kes pemerasan: Dua lagi polis berpangkat Inspektor, Sarjan ditahan - KPN
Dua lagi polis berpangkat Inspektor dan Sarjan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta.
Fokus Minggu Depan: Indeks Kebebasan Media Malaysia merudum 34 anak tangga
Gunung Ruang muntahkan asap, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Cuaca di sekitar gunung berapi, satu daripada paling aktif di Indonesia berubah-ubah daripada cerah hingga mendung.
Program Penuaan Sihat tingkat kesedaran isu keuzuran warga emas
Program itu juga bagi mengenal pasti status kesihatan warga emas dalam komuniti supaya intervensi awal dapat dilaksanakan.
Merusuh dengan parang: Polis tahan 28 lelaki
Polis menahan 28 lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian merusuh bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, Butterworth.
Proses rekod, semak biometrik pelancong asing masih dilaksanakan - KP Imigresen
Proses semakan keselamatan seperti merekod dan menyemak biometrik pelancong asing termasuk dari China dan India masih dilaksanakan di semua pintu negara.
Nga Kor Ming puji Menteri Besar Perak pamer politik matang
Perkara itu terbukti apabila kerajaan negeri mengumumkan peruntukan secara saksama kepada semua ADUN selain kehadiran pembangkang di mesyuarat kerajaan negeri.
Bicara kes rogol Paul Yong bermula di Mahkamah Tinggi Ipoh
Adun Tronoh itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi dengan disambut sorakan kira-kira 30 penyokongnya yang datang dengan sebuah bas.