awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menuju PRU15: PN adakan konvensyen 27 Ogos ini

Astro Awani
Astro Awani
28/07/2022
04:58 MYT
Menuju PRU15: PN adakan konvensyen 27 Ogos ini
Muhyiddin turut melaporkan beberapa perkembangan terkini PN termasuk pelancaran gabungan berkenaan di Kelantan yang dianggapnya mendapat sambutan sangat menggalakkan.- Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sempena ulang tahun kedua penubuhan Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan konvensyen gabungan itu pada 27 Ogos nanti.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang berlangsung malam tadi.
Dalam mesyuarat itu Muhyiddin turut melaporkan beberapa perkembangan terkini PN termasuk pelancaran gabungan berkenaan di Kelantan yang dianggapnya mendapat sambutan sangat menggalakkan.
"Mesyuarat membincangkan persiapan-persiapan penting bagi menghadapi PRU ke-15.
"Mesyuarat pada malam tadi juga bersetuju untuk mengadakan Konvensyen PN pada 27 Ogos 2022 sempena sambutan ulang tahun kedua PN," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Menerusi kenyataan itu juga, Muhyiddin turut menyatakan PN akan dilancarkan di Terengganu pada 30 Julai ini.
PN ditubuhkan selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) ditumbangkan menerusi satu gerakan yang digelar Langkah Sheraton yang menyaksikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar PH dan sekumpulan pemimpin PKR keluar parti.
Gabungan tersebut dianggotai Bersatu, Pas, Gerakan dan dua parti politik dari Sabah iaitu Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#PN
#Muhyiddin Yassin
#Bersatu
#PAS
#GERAKAN
#STAR
#SAPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan