awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Mereka tidak ada hak suruh Najib lepaskan jawatan' - Rais Yatim

Hilal Azmi
Hilal Azmi
05/03/2016
12:07 MYT
'Mereka tidak ada hak suruh Najib lepaskan jawatan' - Rais Yatim
RAIS: Najib perlu berwaspada dan fokus dalam usaha memperkukuh kepimpinanannya. - Gambar fail
Penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosio-budaya, Tan Sri Dr Rais Yatim kecewa dengan tindakan Tun Dr Mahathir bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri.
Dr Rais menjelaskan, beliau terkejut dengan tindakan bekas Perdana Menteri itu kerana ia merupakan satu tindakan luar biasa Dr Mahathir.
"Saya tak menduga Tun Mahathir akan melaksanakan taktik seperti itu kerana selama ini beliau tidak kelihatan mesra dengan Lim Kit Siang, PKR mahupun pihak yang terbabit (pada Jumaat) malah, beliau sangat kritis terhadap mereka.
"Bagi saya, hanya satu mekanisme yang boleh dipakai (untuk Najib lepaskan jawatan), iaitu menerusi undang-undang. Masa pilihanraya umum nanti tentukan lah," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan majlis pra pelancaran 'Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) Alumni Global Home Coming 2016', di sini petang tadi.
Tambahnya, apa-apa kritikan terhadap kerajaan perlu dibuat secara profesional bagi mengelak terjerumus kepada dakwaan liar.
"Ada hal-hal berkaitan yang belum selesai. Ada dua tahun lagi untuk buat 'kerja rumah', jadi, dia tidak boleh disuruh turun," tambahnya.
Rais turut menyifatkan deklarasi tersebut sebagai 'perhimpunan politik terdesak dalam keadaan yang tidak menentu.'
Terdahulu Rais yang juga Presiden UIAM turut melancarkan Portal Alumni, Majalah REACH, Tabung Biasiswa Alumni dan Alumni Book Cafe.
Sebanyak RM600,000 sumbangan berjaya dikumpul pada majlis berkenaan sebagai membiayai aktiviti serta tabung alumni tersebut.
Topic Berkaitan
#Lim Kit Siang
#Najib Razak
#Rais Yatim terkejut dengan tindakan Tun Dr Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan