awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesej tular UMNO Sabah hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri, palsu

Bernama
Bernama
04/10/2021
14:41 MYT
Mesej tular UMNO Sabah hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri, palsu
Mesej bergambar tular kononnya daripada Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mengatakan UMNO Sabah hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor adalah palsu. - Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Mesej bergambar tular kononnya daripada Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mengatakan UMNO Sabah hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor adalah palsu.
Setiausaha akhbar kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah Jaafar Abd Wahid berkata Bung Moktar, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, tidak ada membuat sebarang kenyataan media mengenai perkara tersebut.
Jaafar berkata mesej bergambar tersebut telah disunting oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan mengambil kira situasi politik yang berlaku di Melaka ketika ini.
Beliau berkata perbuatan menyunting mesej bergambar itu dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan politik peribadi.
"Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua pihak agar tidak mempercayai berita ini dan menularkannya di media sosial atau mana-mana platform," katanya dalam kenyataan malam ini.
Hari ini, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka mengumumkan hilang kepercayaan serta menarik sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMNO Sabah
#hilang kepercayaan
#Ketua Menteri Sabah
#Hajiji Noor
#Bung Moktar Radin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan