Skip to main content

Politik

Mesyuarat 25 ADUN fokus khidmat rakyat, bukan isu istana - Jalaluddin

Jalaluddin ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat UMNO di Bangunan Dato' Onn, Kuala Lumpur, malam tadi. --fotoBERNAMA
Jalaluddin ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat UMNO di Bangunan Dato' Onn, Kuala Lumpur, malam tadi. --fotoBERNAMA

Advertisement

KUALA LUMPUR: Pertemuan khas bersama 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan malam tadi tidak membincangkan sesi menghadap Menteri Besar Datuk Ismail Lasim dengan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata pertemuan itu sebaliknya lebih tertumpu kepada usaha memastikan semua wakil rakyat blok kerajaan terus komited melaksanakan amanah di kawasan masing-masing, selain memperkukuh parti.

Beliau berkata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengingatkan barisan ADUN berkenaan supaya tidak terkesan dengan perkembangan semasa dan terus mengutamakan khidmat kepada rakyat susulan situasi politik di negeri itu.

“Kita bagi satu naratif, satu petua supaya ADUN, 25 ADUN yang ada ini menjalankan tugas di kawasan masing-masing, perkukuhkan parti dan juga tunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu di Menara Dato’ Onn di sini malam tadi.

Jalaluddin berkata pertemuan berkenaan turut dihadiri Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement