awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat CWC MIC: T. Mohan buat laporan polis, dakwa tidak sah

Suganthi Suparmaniam
Suganthi Suparmaniam
25/06/2015
07:29 MYT
Mesyuarat CWC MIC: T. Mohan buat laporan polis, dakwa tidak sah
Menurut Mohan, G. Palanivel tidak mempunyai locus standi untuk memanggil mesyuarat itu kerana beliau bukan lagi ahli parti.
Bekas Ketua Pemuda MIC, Datuk T. Mohan hari ini membuat satu laporan polis berhubung satu Mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CWC) lantikan 2009 yang dijadual diadakan pukul lima petang nanti.
Menurut Mohan, presiden parti Datuk Seri G. Palanivel tidak mempunyai locus standi atau hak untuk memanggil mesyuarat itu diadakan kerana beliau tidak lagi menjadi ahli parti.
“Palanivel bukan lagi presiden atau ahli parti MIC untuk beliau memanggil mesyuarat ini. Perbuatan beliau melanggar undang-undang dan arahan RoS (Jabatan Pendaftar Pertubuhan) ,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
“Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menegur beliau,” katanya lagi.
Menurut Mohan, Palanivel sebenarnya tidak berminat dengan parti atau ahli-ahlinya.
“Beliau hanya berminat untuk mengekalkan jawatan beliau dan penyokong-penyokong beliau. Ini telah menimbulkan pelbagai masalah kepada parti,” katanya.
Pagi tadi, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr . Subramaniam telah menasihatkan ahli parti itu agar tidak menghadiri mesyuarat itu yang disifatkan tidak sah kerana dianjurkan oleh individu bukan anggota parti.
BACA: Dr Subramaniam nasihatkan ahli tidak hadir mesyuarat CWC petang ini
Dr Subramaniam turut menegaskan keahlian Palanivel lucut 24 Februari lalu. Justeru Palanivel tidak mempunyai kelayakan untuk mengadakan mesyuarat CWC.
Ahli parti diminta mengabaikan notis mesyuarat tersebut dan mengelak terperangkap dengan mesyuarat yang beliau sifatkan haram itu.
Topic Berkaitan
#G. Palanivel
#MIC
#ros
#T. Mohan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan