awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Senarai baharu barangan SARA akan dikemas kini sebelum Ramadan
PM Anwar sangkal dakwaan Malaysia beri 5,207 hektar tanah kepada Indonesia
PRK Kinabatangan catat 33 peratus keluar mengundi, Lamag 30 peratus setakat 11 pagi - SPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat Majlis Presiden PH teliti keputusan PRN Sabah, reformasi institusi - Fahmi

Bernama
Bernama
09/12/2025
13:19 MYT
Mesyuarat Majlis Presiden PH teliti keputusan PRN Sabah, reformasi institusi - Fahmi
Pengarah Komunikasi PH Datuk Fahmi Fadzil berkata mesyuarat yang dipengerusikan Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mendalami dan meneliti keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini memutuskan agar beberapa perkara berkaitan reformasi institusi diberi keutamaan dan diusahakan dengan lebih tegas dalam masa terdekat.
Pengarah Komunikasi PH Datuk Fahmi Fadzil berkata mesyuarat yang dipengerusikan Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mendalami dan meneliti keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.
Pada PRN Sabah ke-17 yang berlangsung 29 Nov lepas, calon PH Datuk Jamawi Ja'afar berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap dengan majoriti 525 undi setelah memperoleh 5,064 undi, mengalahkan tujuh calon lain.
Selain itu, Fahmi berkata Anwar dan ahli-ahli Majlis Presiden turut membincangkan isu berkait urus tadbir kerajaan dan perkembangan ekonomi rakyat.
"Turut dibincangkan ikhtiar pelaksanaan manifesto serta reformasi institusi sepanjang tiga tahun mentadbir negara," katanya dalam kenyataan malam ini.
Fahmi berkata mesyuarat turut memutuskan satu Konvensyen PH akan diadakan pada suku pertama 2026 bagi menetapkan fokus keutamaan usaha reformasi serta hala tuju negara bagi tempoh dua tahun akan datang.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan
#PRN Sabah
#reformasi institusi
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan