KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) menjadi tumpuan malam ini.

Beberapa pemimpin UMNO dilihat tiba di pekarangan Ibu Pejabat UMNO sejak lewat petang tadi. 

Antaranya, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Difahamkan mesyuarat yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bermula jam 8 malam Rabu itu dijangka membuat beberapa keputusan besar.

Antaranya isu pemecatan beberapa ahli parti termasuk Ahli MKT UMNO, Isham Jalil. 

Sebelum ini, Isham menerusi kenyataan di Facebooknya mendedahkan nama beliau mungkin tersenarai antara ahli yang akan dipecat susulan kenyataannya yang lantang terhadap kerjasama UMNO dan DAP sebelum ini.