awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat perwakilan UMNO tidak perlu ramai, satu perempat mencukupi - Ahmad Maslan

Bernama
Bernama
30/12/2020
14:25 MYT
Mesyuarat perwakilan UMNO tidak perlu ramai, satu perempat mencukupi - Ahmad Maslan
Ahmad berkata Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri itu akan diadakan serentak di 191 Bahagian. - Bernama
KUALA LUMPUR:Kehadiran bagi Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri di seluruh negara yang dijadualkan bermula dari 1 hingga 3 Jan ini adalah secukup korum, iaitu minimum satu perempat daripada jumlah wakil yang berhak hadir.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata perhimpunan ramai yang dibimbangi meningkatkan risiko penularan COVID-19 cuba dielak, namun jumlah kehadiran perlu memenuhi syarat sah mesyuarat.
"Saya sendiri telah mengeluarkan arahan selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO baru-baru ini supaya mesyuarat bahagian empat peringkat (Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO) hanya dihadiri satu perempat daripada anggota yang sepatutnya hadir.
"Mereka terdiri daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian empat peringkat, 10 perwakilan daripada setiap bahagian, dan kalau boleh juga ketua-ketua cawangan. Bahagian juga dibenarkan untuk menggunakan aplikasi secara maya bagi perwakilan yang tidak hadir untuk mendengar ucapan di rumah mereka," katanya ketika dihubungi Bernama.
Ahmad berkata Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri itu akan diadakan serentak di 191 Bahagian dengan membabitkan kira-kira 764 persidangan dengan empat mesyuarat perwakilan untuk setiap bahagian.
Selain itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata mesyuarat bahagian empat peringkat itu juga dibenarkan diadakan secara maya bagi kawasan zon merah terutama yang melibatkan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
"Walaupun menggunakan kaedah virtual (maya), AJK Bahagian empat peringkat hendaklah ada dalam dewan dan selebihnya dikumpulkan di beberapa tempat yang tidak terlalu ramai dan dipancarkan secara maya.
"... dan di kawasan zon hijau, yang cukup satu perempat, ketua bahagian kemudianya atas inisiatif sendiri boleh menggunakan aplikasi seperti Facebook LIVE agar ucapannya didengari oleh ramai pihak terutamanya yang berada di kawasannya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mesyuarat Perwakilan Umno
#UMNO
#PKPB
#PKPD
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#perintah kawalan pergerakan
#COVID-19
#perhimpunan
#Ahmad Maslan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan