KUALA LUMPUR: Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran berkata parti itu akan menjalinkan kerjasama dengan Parti Makkal Sakti, bagi memperkukuhkan hala tuju serta menangani isu-isu berkaitan kaum India di negara ini.
Beliau berkata dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat MIC hari ini, kepimpinan tertinggi parti itu telah bersetuju dengan kerjasama berkenaan dan satu sidang media bersama akan diadakan bagi menjelaskan tentang kerjasama itu.
"Parti MIC dan Makkal Sakti akan bekerjasama, supaya kita dapat memastikan bahawa isu-isu berkaitan kaum india menjadi keutamaan parti dan perhatian kerajaan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Ibu Pejabat MIC hari ini.
Sementara itu, Vigneswaran berkata MIC meminta Kementerian Komunikasi dan Digital untuk menghalang kemasukkan dan penayangan filem-filem, yang dikaitkan dengan seorang menteri di Tamil Nadu, India susulan kenyataan pemimpin itu yang menyentuh sensitiviti agama Hindu baru-baru ini, ke negara ini.
"Hal ini kerana di negara kita, Malaysia ini sebuah negara majmuk di mana agama rasminya Islam dan terdapat banyak lagi agama-agama yang lain dan negara kita sensitif dengan perkara-perkara berhubung agama," katanya.
Vigneswaran juga berkata parti itu, akan mengadakan perhimpunan aman selepas solat Jumaat minggu hadapan di hadapan kedutaan India di sini, bagi menyerahkan memorandum dan manyatakan bantahan terhadap kenyataan pemimpin berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2023

Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran (tengah) bercakap ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Kongres India Se-Malaysia (MIC) di Ibu Pejabat MIC hari ini. - Foto Bernama

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI capai matlamat, lebih 200,000 hadir
Penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI selama tiga hari berjaya mencapai matlamat untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif kerajaan kepada rakyat.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Zayn Rayyan | Setahun Kerajaan MADANI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pihak sekolah diarah sediakan laporan lengkap insiden buli pelajar lari asrama - Lim
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata KPM akan mengambil tindakan selanjutnya selepas menerima laporan lengkap dan menjalankan siasatan berhubung kejadian buli tersebut.

Ukraine mungkin tidak sertai Sukan Olimpik Paris
Ukraine mungkin tidak akan menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 melainkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengubah pendiriannya.

Program setahun bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan - Menteri
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan kerana mendapat sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 230,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.
Filipina dan China berbalah isu pertembungan kapal
Filipina dan China saling menuduh berhubung perlanggaran kapal mereka di perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan ketika ketegangan mengenai tuntutan di laluan air penting itu memuncak.
12 minggu bersaing, juara milik siapa?
Malam penentu, siapakah bakal muncul juara All Stars Gegar Vaganza. Asyraf Roslan berikan analisis awal mengenai peluang setiap finalis.

Kerajaan terus komited bangunkan belia - TPM
Kerajaan Perpaduan terus komited memberi tumpuan khusus kepada golongan belia bukan sahaja di bandar tetapi menjangkau ke kawasan desa dan pendalaman di seluruh negara.
Laporan Khas: Penduduk bimbang keselamatan keluarga
Apartment Idaman, Damansara Damai menjadi tumpuan pihak polis dan media sejak penemuan mayat kanak-kanak Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang disahkan meninggal akibat dibunuh.
Forensik masuk kediaman mangsa, kumpul sampel DNA
Polis meneruskan usaha mengesan petunjuk baharu dengan mengambil bukti dan sampel DNA dari rumah mangsa Zayn Rayyan yang mati dibunuh.

KPM digesa siasat larangan nyanyian lagu tradisi Tamil - Saravanan
KPM digesa untuk menyiasat dakwaan mengenai larangan nyanyian lagu tradisi bahasa Tamil sewaktu penganjuran Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Sayap parti pacu MIC hadapi cabaran politik semasa - Saravanan
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan yakin parti itu mampu mendepani cabaran politik semasa menerusi peranan dan sumbangan yang dimainkan sayap Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri.

'Anggotai Kabinet hanya khabar angin' - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan, menyifatkan dakwaan kononnya nama beliau akan tersenarai selepas rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan, hanyalah hanyalah khabar angin.

MIC bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan pada PRK Kemaman
MIC memberi jaminan akan membantu kempen calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu Disember ini.

Peremajaan: MIC perlu pemimpin muda berwibawa
Dalam usaha meremajakan parti, pemimpin muda yang diperlukan haruslah dalam kalangan mereka yang memahami arena politik dengan baik.

MIC akan kumpul dana daripada ahli laksana program parti
MIC akan mengumpul dana daripada kalangan ahli untuk membiayai programnya bagi memastikan parti itu dapat terus bergerak dan menguatkan akar umbinya.

Manickam letak semua jawatan dalam MIC
Datuk L Manickam meletakkan semua jawatannya dalam MIC termasuk sebagai Pengerusi MIC Negeri Sembilan, Ketua MIC Bahagian Jempol dan ahli parti itu berkuat kuasa Jumaat.

Vell Paari dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara
Pelantikan semula berkuat kuasa 2 Sept lepas hingga 1 Sept 2026 itu adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

MIC-Makkal Sakti sepakat tubuh sekretariat satukan masyarakat India
Satu sekretariat yang diterajui MIC bersama Makkal Sakti akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menangani isu berkaitan agenda pembangunan dan kesejahteraan masyarakat India.

MIC jalin kerjasama dengan Makkal Sakti perkukuh hala tuju kaum India
MIC akan menjalinkan kerjasama dengan Parti Makkal Sakti, bagi memperkukuhkan hala tuju serta menangani isu berkaitan kaum India di negara ini.