awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebenaran merancang perlu untuk bina rumah ibadat - Nga
Buang puntung rokok di tempat awam, warga Singapura didenda RM1,500
Mahkamah Persekutuan putuskan bebas atau penjara Isa Samad esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIC sedia teruskan pemilihan parti, tunggu kebenaran kerajaan - Setiausaha Agung

Bernama
Bernama
08/09/2021
04:46 MYT
MIC sedia teruskan pemilihan parti, tunggu kebenaran kerajaan - Setiausaha Agung
Asojan memberi jaminan bahawa proses pemilihan akan dijalankan dengan norma baharu dan pematuhan SOP sekiranya ia dijalankan ketika sebarang fasa PPN. - Foto Facebook
KUALA LUMPUR: MIC bersedia untuk mengadakan pemilihan parti bagi tempoh 2021-2024 pada tahun ini setelah kerajaan membenarkannya ketika negara berada dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Setiausaha Agung MIC Datuk M. Asojan berkata malah, parti kaum India itu telah pun menjalani sebahagian daripada proses pemilihan termasuk pemilihan peringkat cawangan dan presiden parti setakat ini.
"MIC hanya tunggu kebenaran kerajaan memandangkan sekarang tidak boleh laksanakan sebarang pemilihan parti.
"Pemilihan peringkat cawangan telah diadakan dari 5 April hingga 5 Mei lepas manakala penamaan calon presiden telah berlangsung pada 26 Mei lepas," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Tan Sri S. A. Vigneswaran mempertahankan jawatannya selaku Presiden MIC selepas memenangi jawatan itu bagi penggal 2021-2024 tanpa bertanding pada pemilihan parti pada 26 Mei lepas.
Asojan berkata pemilihan peringkat bahagian, negeri dan kebangsaan termasuk jawatan tertinggi seperti timbalan presiden, tiga naib presiden dan 23 Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) akan dipertandingkan selepas ini.
Beliau memberi jaminan bahawa proses pemilihan akan dijalankan dengan norma baharu dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sekiranya ia dijalankan ketika sebarang fasa PPN.
Keputusan untuk meneruskan pemilihan parti, katanya telah diputuskan pada Mesyuarat CWC yang dipengerusikan Vigneswaran pada Februari lepas.
Dijangka lebih 20,000 ahli jawatankuasa daripada lebih 4,000 cawangan di seluruh negara akan menunaikan tanggungjawab menentukan barisan kepimpinan pusat parti berusia 75 tahun itu.
Jawatan Timbalan Presiden MIC kini disandang Datuk Seri M. Saravanan yang juga Menteri Sumber Manusia manakala jawatan naib presiden disandang oleh Datuk T. Mohan, Datuk C. Sivaraajh dan Datuk T. Murugiah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pelan Pemulihan Negara
#MIC
#M Asojan
#pemilihan parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan