MICROSOFT OneDrive adalah antara perkhidmatan storan awan yang berbaloi untuk dilanggan. Ini kerana pelan keluarga 1TB, memberi setiap ahli 1TB kuota dan bukannya kongsi bersama.

Harga juga amat mampu milik berbanding lain. Terbaharu, Microsoft telah mengemas kini OneDrive versi web untuk menyokong mod luar talian.

Mod ini membenarkan pengguna yang kekangan akses Internet untuk mengakses Home, My files, Shared, Favorites, People, dan Meeting dengan lebih mudah.

Anda hanya perlu pilih fail yang ingin diakses tanpa Internet sebagai offline. Microsoft turut menyatakan pengguna turut boleh menetapkan fail yang mana yang hanya boleh diakses dengan Internet.

Kemudian dengan bantuan aplikasi OneDrive Sync pada Windows atau macOS, prestasi penggunaan akan meningkat sehingga 3x.

Untuk menggunakan mod luar talian, ia hanya berfungsi jika jumlah fail yang disimpan adalah bawah 250,000.

Ia juga terhad kepada pengguna dengan akaun perniagaan atau pendidikan dengan menggunakan pelayar web berasaskan Chromium.

Butiran lain mengenai ciri mod luar talian OneDrive, Microsoft turut menyediakan laman web khas yang anda boleh akses di sini. -Amanz