awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kementerian Perpaduan gerak visi Membina Negara Bangsa 2026 - Aaron
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MoU peruntukan pembangkang: Kalau orang dah tolak 'pinangan', tak akan kita nak 'rujuk' - Fadillah

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/11/2024
08:35 MYT
MoU peruntukan pembangkang: Kalau orang dah tolak 'pinangan', tak akan kita nak 'rujuk' -  Fadillah
Fadillah berkata pintu rundingan berhubung MoU berkaitan peruntukan bagi ahli Parlimen pembangkang sudah ditutup. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: "Kalau orang dah tolak 'pinangan', tak akan you nak 'rujuk', malulah," kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berhubung memorandum persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan bagi Ahli Parlimen pembangkang.

Ringkasan AI
  • Penolakan MoU oleh Pembangkang: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyatakan bahawa pintu rundingan mengenai memorandum persefahaman (MoU) dengan Ahli Parlimen pembangkang telah ditutup setelah pembangkang menolak MoU tersebut.
  • Sebab Penolakan: Pembangkang menolak MoU atas sebab ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, nilai budaya, moral, dan agama, serta beberapa syarat yang dikhuatiri menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.
  • Pendedahan Draf MoU: Fadillah mendedahkan dua draf MoU yang mengandungi enam intipati, termasuk tempoh kuat kuasa sehingga pembubaran Parlimen ke-15 dan obligasi PN untuk memastikan peranan ahli Parlimen pembangkang sebagai komponen semak dan imbang yang bertanggungjawab.

Beliau turut menyifatkan pintu rundingan berhubung MoU itu sudah ditutup.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran sambutan Bulan Integriti Nasional 2024 di sini pada Selasa.
Pembangkang sebelum ini sebulat suara menolak MoU atas empat sebab utama iaitu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, di mana beberapa syarat dikenakan dalam dokumen dikhuatiri boleh menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.
Malah pembangkang menyifatkan MoU itu turut bertentangan dengan nilai budaya, moral dan agama kerana draf MoU itu mengandungi syarat-syarat yang dilihat bertentangan dengan nilai tradisi, budaya, moral agama serta tempatan.
Sehari kemudian, Fadillah tampil mendedahkan dua draf sebenar dokumen yang masih menjadi kontroversi itu.
Berdasarkan dokumen yang didedahkan itu, enam intipati tersebut antaranya tempoh kuat kuasa dari tarikh MoU dan terpakai sehingga pembubaran Parlimen ke-15 atau pada 19 Disember 2027.
Turut terkandung dalam intipati tersebut ialah obligasi PN yang menyentuh peranan dan fungsi ahli Parlimen pembangkang sebagai komponen penting dan akujanji sebagai wakil rakyat berwibawa, perlu bertindak sebagai komponen semak dan imbang yang bertanggungjawab dan membina.
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#ahli Parlimen
#peruntukan
#mou pembangkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan