awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muda Malaysia terbuka jalin kerjasama dengan parti blok pembangkang - Syed Saddiq

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
04/03/2021
10:46 MYT
Muda Malaysia terbuka jalin kerjasama dengan parti blok pembangkang - Syed Saddiq
Syed Saddiq melancarkan COOX yang merupakan inisiatif baharu dalam menyediakan ekosistem kulinari yang membantu perkhidmatan industri F&B mendepani cabaran ketika ini. - Gambar Astro AWANI/Fauzi Suhaimi
KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia) terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti dalam blok pembangkang untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.
Pengasas Muda Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kerjasama itu akan diadakan dengan melihat kepada persamaan idealisme dan prinsip yang dibawa semua parti.
Katanya, sehingga hari ini, rundingan kerjasama dalam bentuk penjajaran politik itu telah dibuat dengan parti yang berada dalam blok pembangkang.
"Dalam bab ini, saya terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja selagi prinsip dan idealisme sama.
"Tidak kira Parti Amanah Negara (Amanah) atau parti mana yang ada pendirian sama, kita akan bekerjasama. Tetapi yang jelas, kita sekarang berada dalam blok pembangkang," katanya di sini, pada Khamis.
Terdahulu beliau melancarkan COOX yang merupakan inisiatif baharu dalam menyediakan ekosistem kulinari yang membantu perkhidmatan industri makanan dan minuman (F&B) mendepani cabaran ketika ini.
Mengulas lanjut, Syed Saddiq yang juga pengasas COOX berkata, model perniagaan yang terletak di Glo Damansara Mall, Taman Tun Dr Ismail itu dilihat mampu menyumbang kepada pemulihan semula kuasa ekonomi negara.
"Operasi perniagaan ini dibina untuk menjadi industri F&B lebih berpusat sekali gus mampu menjimatkan kos pengeluaran sehingga 80 peratus berbanding tipikal perniagaan restoran yang diamalkan ketika ini.
"COOX akan menempatkan sebanyak 26 ruang dapur untuk disewa kepada peniaga dan ianya dijangka akan beroperasi bermula 1 April depan," jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#Muda Malaysia
#penjajaran politik
#kerjasama
#PRU15
#Syed Saddiq
#COOX
#perniagaan
#makanan dan minuman
#pilihan raya umum
#ekonomi
#Parti Amanah Negara
#blok pembangkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan