awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Mars mahu ambil alih Pringles, Suruhanjaya Eropah bimbang harga snek naik
MALAYSIA
Bekas pengarah JKR didakwa terima RM70,000 berkaitan projek penyenggaraan
MALAYSIA
Kabinet setuju Malaysia sertai Triti Angkasa UNCOPUOS di bawah PBB - MOSTI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITIK

MUDA tawar semula jawatan presiden kepada Syed Saddiq

Amirul Aiman
Amirul Aiman
26/06/2025
02:35 MYT
Sponsor Banner
MUDA tawar semula jawatan presiden kepada Syed Saddiq
Pada Rabu, Mahkamah Rayuan melepaskan dan membebaskan Syed Saddiq daripada sabitan dan hukuman atas empat pertuduhan berkaitan penyelewengan dana Armada tujuh tahun lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sebulat suara bersetuju menawarkan semula jawatan Presiden kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang mengosongkannya November lalu.
Persetujuan itu dicapai Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JKEP) MUDA susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Syed Saddiq daripada semua pertuduhan semalam.
"Tawaran ini dibuat atas dua prinsip iaitu, Syed Saddiq telah membersihkan nama dan integriti beliau melalui proses mahkamah yang telus dan adil.
"Kedua, Syed Saddiq dengan secara konsisten, mempertahankan maruah dan nama baik MUDA sepanjang menjadi Ahli Parlimen," kata MUDA dalam satu kenyataan hari ini.
Pemangku Presiden Amira Aisya Abdul Aziz berkata, pengosongan jawatan Presiden sebelum ini adalah langkah berani dan belum pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin politik yang sedang didakwa, memperlihatkan iltizam politik MUDA dalam menjunjung prinsip integriti.
JKEP MUDA yakin kembalinya Ahli Parlimen Muar itu ke tampuk kepimpinan akan memperkukuh hala tuju parti menjelang pilihan raya akan datang, namun turut menghormati keperluannya untuk mempertimbangkan tawaran tersebut terlebih dahulu.
Amira Aisya turut menegaskan, Syed Saddiq kekal aktif sebagai Ahli Parlimen Muar dan tidak pernah culas dalam politik khidmatnya, sambil menyeru rakyat terus mendoakan kelancaran perjuangan MUDA dalam membina negara.
Pada Rabu, Mahkamah Rayuan melepaskan dan membebaskan Syed Saddiq daripada sabitan dan hukuman atas empat pertuduhan berkaitan penyelewengan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) tujuh tahun lalu.
Ia membabitkan satu kes subahat pecah amanah melibatkan dana berjumlah RM1 juta, satu pertuduhan salah guna harta sebanyak RM120,000 serta dua pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA), masing-masing berjumlah RM50,000.
Topic Berkaitan
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#Amira Aisya Abd Aziz
#Presiden MUDA
#Ahli Parlimen Muar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami