PKR negeri Perak menyeru Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar bermuhasabah diri dan menerima pelantikan individu dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) kerana mereka bukan musuh parti atau daripada kalangan anggota Barisan Nasional dan UMNO.
Pengerusi Keadilan Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata mereka yang dilantik merupakan rakan seperjuangan dalam parti dan perbezaan pendapat tidak harus dijadikan permusuhan kekal, menurut laporan Bernama.
"Kekuatan parti kita dalam Pakatan Harapan harus dikekalkan dengan cara merapatkan saf-saf di dalam parti," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.
Beliau mengulas kenyataan Mohamed Azmin yang meminta Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya meneliti semula pelantikan jawatan utama kepimpinan parti.
BACA: Lantik Rafizi, isyarat Anwar perlu pemimpin yang boleh bekerjasama - Penganalisis
Menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu, pelantikan yang diumumkan tidak mencerminkan prinsip adil dan saksama terhadap aspirasi anggota serta tidak akan membantu parti untuk maju ke hadapan.
Pada Jumaat, Anwar dalam satu kenyataan mengumumkan pelantikan bekas Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli di samping dua lagi nama sebagai naib presiden parti dan beberapa pelantikan bagi jawatan lain dalam MPP PKR.
Turut diumum pelantikan semula Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebagai Setiausaha Agung parti.
BACA: Rafizi ucap terima kasih, akan balas mesej yang diterima
Farhash Wafa Salvador berkata keputusan presiden adalah tepat dalam usaha menjadikan parti itu lebih inklusif berbanding eksklusif serta dapat memastikan kesinambungan di dalam parti.
Katanya pemilihan lepas menyaksikan banyak jawatan dimenangi pasukan Mohamed Azmin dan dengan kemasukan lantikan baharu keseimbangan serta perpaduan dalam kalangan anggota parti dapat dikekalkan.
"Pemilihan parti satu amalan demokrasi dan ia akan melihat satu 'natural death' jika kita mula menghukum pesaing kita yang juga rakan seperjuangan dalam parti.
"Keputusan pemilihan tidak boleh dijadikan sebagai hukuman dan pengukur Petunjuk Prestasi Utama (KPI) individu yang dilantik," katanya.
BACA: Azmin mahu orang tertentu keluar, saya mahu semua masuk - Anwar
Farhash Wafa Salvador berkata PKR Perak secara konsensus berpendapat keputusan Anwar tepat dan tidak menjerumus parti ke arah 'excessive politics' dan meminta Mohamed Azmin mengkaji semula kenyataannya.
Astro Awani
Sun Dec 30 2018
Farhash Wafa Salvador berkata PKR Perak secara konsensus berpendapat keputusan Anwar tepat dan tidak menjerumus parti ke arah 'excessive politics'. - Foto Sinar Harian
Semua program DBKL guna penjenamaan 'Kreatif Kuala Lumpur'
Jelas Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif, jika semua program menggunakan pelbagai penjenamaan kesannya tidak dapat menonjolnya kreatifnya bandar raya Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: Komitmen laksana MA63
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KLCCT - Beri nafas baharu pada bangunan lama sekitar KL
Jelas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif misi utama KLCCT adalah menggunakan seni dan budaya sebagai pemangkin untuk penjenamaan semula bandar raya Kuala Lumpur.
Francine landa selatan Louisiana
Taufan Francine melanda persisiran pantai di selatan Louisiana apabila hujan lebat melanda New Orleans pada Rabu.
Cederakan anak saudara, tertuduh kes bunuh ibu, bapa dipenjara sembilan tahun
Seorang penganggur yang dituduh membunuh ibu bapa serta anak saudaranya sebelum membakar kediaman mereka di sini Ogos lepas, dihukum penjara sembilan tahun.
Anwar mempengerusi mesyuarat MTPMA63 di Sabah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahi mmempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Kota Kinabalu.
Elly maut akibat ditetak dan ditikam
Polis mengesahkan kematian bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Elly Idzlianizar Elias, 40 tahun, disebabkan kecederaan parah akibat ditetak dan ditikam selepas terbabit dalam pergaduhan.
Proses penamaan calon di Dewan Tunku Ibrahim Ismail
Proses penamaan calon bagi PRK DUN Mahkota pada Sabtu ini diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor.
[TERKINI] Sijil halal: Kertas siasatan ke atas Teresa Kok sudah diserahkan kepada AGC - KPN
Kertas siasatan membabitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung kenyataannya mengenai pensijilan halal sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara pada Khamis untuk tindakan lanjut.
Mata wang kripto Indonesia Indodax digodam, rugi AS$20 juta
Agensi Pengawalseliaan Perdagangan Komoditi Berjangka (Bappebti) menasihatkan para pelabur untuk kekal tenang dan tidak panik.
Anwar mempengerusi mesyuarat MTPMA63 di Sabah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahi mmempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Kota Kinabalu.
Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar
Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan adakan perbincangan untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan.
Anwar dijadual tiba di SICC petang ini, pengerusikan Mesyuarat MTPMA63
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah jam 2.30 petang ini bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.
Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
Yusoff Rawther ditahan polis
Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther ditahan sejak Jumaat lalu selepas polis menemui dua pucuk pistol tiruan dan bahan dipercayai dadah.
PM Anwar adakan lawatan dua hari ke Sabah
Perdana Menteri dijadual tiba di Kota Kinabalu malam ini sebelum menghadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Sabah di Magellan Sutera Harbour.
PM terima kunjungan hormat David Marriot, sasar promosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Marriott International David Marriott yang mewakili sebuah syarikat hospitaliti terbesar di dunia.
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Thailand ke-31 Paetongtarn
Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Thailand ke-31 Paetongtarn Shinawatra, menerusi panggilan telefon susulan upacara mengangkat sumpah jawatan itu pada 6 Sept.
Isu Palestin: Pendirian Malaysia konsisten - PM Anwar
Kerajaan dan rakyat Malaysia konsisten dalam menyatakan pendirian dan sokongan tidak berbelah bahagi supaya kekejaman terhadap penduduk Palestine dihentikan.