awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin akui kejayaan kerajaan BN kemudi negara

Bernama
Bernama
05/02/2017
04:24 MYT
Muhyiddin akui kejayaan kerajaan BN kemudi negara
MUHYIDDIN: Tapi kalau perkara itu merit, itu adalah meritnya.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui kejayaan kerajaan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengemudi Malaysia sehingga maju dan disifatkan sebagai negara Islam contoh.
Beliau berkata kemajuan yang dilaksanakan UMNO dan BN, menerusi pimpinannya yang silih berganti, tidak boleh dinafikan kerana Malaysia bermula daripada sebuah negara yang tidak mempunyai apa-apa selepas merdeka.
"Waktu itu ilmu yang ada kurang, tiada kilang, sekolah pun tidak sampai ke universiti, hidup melarat... tapi kalau lihat waktu ini, sedikit sebanyak hasil perjuangan itu mengangkat negara kita ke suatu tahap yang boleh dibanggakan," katanya.
Muhyiddin berkata demikian semasa berucap pada Program Bicara Rakyat PPBM di Kampung Batu Sawar, Sungai Lembing di sini, semalam.
Anggota Parlimen Pagoh itu seterusnya mengakui 'agak janggal' untuk orang mendengar beliau berkata demikian kerana kedengaran seolah-olah beliau masih 'berada dalam kerajaan'.
"Tapi kalau perkara itu merit, itu adalah meritnya. Apa yang benar itu benar. Dalam tempoh berpuluh tahun dengan dasar kerajaan dipelopori UMNO dan BN negara kita menjadi negara maju, terkenal dan dalam konteks Islam, dikatakan negara contoh," katanya.
Beliau juga mengakui tidak mudah untuk pembangkang menewaskan BN jika sekiranya tiada persefahaman antara mereka kerana peluang itu hanya wujud jika berhadapan dengan satu lawan satu pada pilihan raya umum akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BN
#Muhyiddin Yassin
#negara maju
#Politik Malaysia
#PPBM
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan