POLITICS
Muhyiddin sujud syukur sebaik dilantik Perdana Menteri ke-8

Muhyiddinyang berusia 72 tahun dilihat menzahirkan rasa syukur dan menadah tangan di atas pelantikan tersebut. - Foto Ihsan Pembaca
SETELAH seminggu kemelut politik berlarutan, akhirnya menyaksikan jawapan kepada teka-teki siapa dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8, terjawab sekitar 4.40 petang hari ini.
Berita gembira itu bukan sahaja meredakan kegelisahan dalam kalangan rakyat Malaysia, malah ia nyata memberi kelegaan kepada pemerhati-pemerhati politik negara.
Terbaharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat melakukan sujud syukur sebaik sahaja dimaklumkan mengenai pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-8, sebentar tadi.
Menerusi video berdurasi 51 saat itu, Muhyiddin yang berusia 72 tahun dilihat menzahirkan rasa syukur dan menadah tangan di atas pelantikan tersebut di kediamannya di Bukit Damansara.
Serentak dengan pelantikan itu, Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan akan diadakan esok pada pukul 10.30 di Istana Negara.
Kemelut politik negara berlarutan sejak Ahad lalu susulan peletakan jawatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami