awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mukhriz dijangka hadir mesyuarat bersama Exco esok - Exco Kedah

Abdul Hadi Che Awang
Abdul Hadi Che Awang
25/02/2020
07:55 MYT
Mukhriz dijangka hadir mesyuarat bersama Exco esok - Exco Kedah
Menurutnya, mesyuarat khas atau pertemuan yang sepatutnya berlangsung hari ini terpaksa ditunda ke hari Rabu disebabkan Mukhriz yang juga Timbalan Presiden Bersatu terbabit terlibat dengan urusan di Kuala Lumpur. - Gambar fail
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dijangka tiba di Kedah pada Rabu, bagi mengadakan mesyuarat bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon, Alor Setar.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Kesihatan, dan Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Ismail Salleh memberitahu, mesyuarat terbabit akan membincangkan isu kedudukan terkini kerajaan PH Kedah selain pendirian yang diambil Mukhriz.
Tambahnya, mesyuarat khas atau pertemuan yang sepatutnya berlangsung hari ini terpaksa ditunda ke hari Rabu disebabkan Mukhriz yang juga Timbalan Presiden Bersatu terbabit terlibat dengan urusan di Kuala Lumpur.
"Sepatutnya mesyuarat dengan menteri besar adalah hari ini, namun memandangkan beliau (Mukhriz) masih sibuk di ibu negara maka mesyuarat dijangka diadakan esok kira-kira pukul 10.30 pagi atau lebih awal,"katanya.
Pakatan Harapan Kedah kini hanya memiliki 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Bersatu mengumumkan keluar dari Pakatan Harapan.
PKR menjadi parti tertinggi memiliki kerusi bagi gabungan PH dengan 7 kerusi diikuti Parti Amanah Negara (4 kerusi DUN) dan DAP (2 kerusi).
Topic Berkaitan
#Alor Setar
#Exco
#Ismail Salleh
#Kedah
#Mahathir letak jawatan
#Malaysia 2020
#Mukhriz Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan